Triumph Motorcycles & Beeline Sekali Lagi Berkolaborasi

Triumph Motorcycles dan syarikat pengeluar sistem navigasi, Beeline melancarkan model edisi terhad terbaru aksesori navigasi iaitu Triumph Beeline Moto II Special Edition untuk model-model siri Bonneville Modern Classic.
Sejak kerjasama pertama kedua-dua syarikat ini pada 2021, Triumph Motorcycles cukup berpuas hari dan menghargai kerjasamanya dengan sistem Beeline yang menawarkan teknologi navigasi yang inovatif. Apa yang lebih menarik, peranti ini direka pada saiz yang minimum, elegan dan mudah digunakan.
Dengan pengenalan Beeline II yang direka semula pada awal tahun ini, Triumph Beeline II Edisi Khas baru membawa pemilik Triumph menikmati kesemua kelebihan dan ciri-ciri utama yang terdapat pada peranti ini yang turut diperkemaskan dengan tulisan Triumph diukir menggunakan laser premium.
Triumph Beeline Moto II menawarkan:
- Skrim lebih besar
- Navigasi lebih pantas & lancar
- Pemetaan seluruh dunia
- Paparan lebih jelas
- Kalis air & gegaran
- Mudah sentuh/talaan (walaupun pakai sarung tangan)
- Mudah 'pairing'/sambungan
- Hayat bateri 14 jam
- Triumph Beeline Moto II kini sudah berada di pasaran (Eropah) pada harga £199 atau RM1,207. RR