Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Julai 2024

Boon Siew Honda Lancarkan NSS250. Harga asas RM25,888

Boon Siew Honda Sdn Bhd melancarkan dua model baru yang terdiri daripada sebuah skuter maksi iaitu NSS250 dan sebuah jentera lasak, CRF250 Rally.

Candy Syrah Wine Red.
Candy Syrah Wine Red.

NSS250 yang juga dikenali dengan nama Forza di pasaran Indonesia dan Jepun ini menawarkan rekabentuk penuh bergaya disamping prestasi enjin yang cukup mantap.

Honda telah melengkapkan skuter ini dengan enjin 249cc, silinder tunggal, 4 lejang SOHC dan sistem eSP+ yang menjanjikan tahap pecutan yang lancar.

Pearl Smoky Gray.
Pearl Smoky Gray.

NSS250 turut menggunakan lampu jenis LED (dikemas kini) di bahagian depan yang lebih terang dan jelas. Panel meternya jenis LCD yang direka serba baru untuk paparan lebih baik pada bila-bila masa.

Terdapat tiga warna pilihan menarik iaitu Pearl Smoky Gray, Mat Gun Powder Black Metallic dan Candy Syrah Wine Red. Harga asas untuk model ini ialah RM25,888.

Antara ciri-ciri menarik lain ialah:

  • Emergency Stop System (ESS)
  • Cermin Pengadang Angin Elektronik
  • Smart Key System
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Ruang barang bawah pelana 48L
  • Soket USB Type C
Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.