Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Jun 2024

BSH Tampilkan Honda CB350RS - Harga Asas RM20,500!

Boon Siew Honda (BSH) secara rasmi telah melancarkan sebuah jentera yang menampilkan gaya Roadster iaitu CB350RS untuk pasaran negara. Model ini sememangnya menawarkan pengalaman yang luar biasa untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

Model ini dikuasakan dengan enjin berkapasiti 348cc, empat lejang, OHC dengan sistem penyejuk udara yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 15.5kW pada 5,500rpm dan tork 30Nm pada 3,000rpm. Enjin bertransmisi 5-kelajuan ini turut dipadankan dengan sistem klac jenis Assist & Slipper bagi memudahkan penukaran gear yang lebih lancar.

CB350RS dibina sebagai sebuah motosikal dengan rekabentuk retro moden yang estetika tetapi praktikal. Model ini diserlahkan dengan tangki bahan api 15 liter serta fender depan dan belakang jenis keluli. Dengan menggunakan sistem bahan api PGM-Fi, CB ini turut menawarkan penggunaan bahan api yang cekap dan menjimatkan.

Lampu hadapan berbentuk bulat mengetengahkan lagi ciri-ciri retronya tetapi dipadankan dengan pencahayaan jenis LED yang serba moden. Lampu belakang dan lampu membeloknya juga adalah jenis LED. Bahagian meternya pula menampilkan tahap kelajuan jenis analog manakala paparan LCD menunjukkan info-info seperti kedudukan gear, jarak perjalanan, tahap bahan api dan masa.

Antara ciri lain adalah Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang merupakan sistem kawalan tork bagi mengawal cengkaman roda belakang sekiranya berlaku kegelinciran antara roda hadapan dan belakang. Fungsi ini juga boleh dipadamkan menerusi suis butang yang terdapat pada bar hendal sebelah kiri.

Keyakinan penunggang dipertingkatkan lagi dengan adanya sistem ABS dua saluran yang terdapat pada roda hadapan dan belakang. Tayar-tayar bersaiz 100/90-19 (depan) dan 150/70-17 (belakang) meningkatkan kestabilan di laluan berselekoh.

Honda CB350RS didatangkan bersama dua pilihan warna iaitu Mat Massive Gray Metallic dan Athletic Blue Metallic. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM20,500 (tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.