Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Jun 2024

Triumph Daytona 660 Sudah Berada Di Malaysia. Harga bermula dari RM49,500

Didi Group telah memperkenalkan jentera superbike dari terbaru iaitu Triumph Daytona 660. Model baru ini disempurnakan dengan enjin 660cc tiga silinder berkuasa 95ps pada 11,250rpm dan tork 69Nm pada 8,250rpm yang menjanjikan penghantaran tenaga enjin yang lancar, responsif dan linear untuk pengalaman menunggang yang dinamik.

Triumph Daytona 660 hadir dengan tiga mod tunggangan iaitu (Sport, Road & Rain) yang memberikan tindak balas pendikit lebih baik dan selamat mengikut keadaan jalan, gaya tunggangan dan cuaca. Menerusi panel meter TFTnya, kita dapat melihat info-info penting dan membuat pelbagai jenis talaan dengan tepat.

Selain Mod Tunggangan, Daytona 660 turut dilengkapkan dengan Sistem Traction Control (boleh dinyah-aktifkan pada bila-bila masa) dan sistem sambungan media 'My Tirumph Connectivity'. Jentera sport dari Triumph ini boleh anda miliki pada harga RM49,500.

Turut ditawarkan buat para peminat Triumph Malaysia khususnya ialah beberapa model lain dari segmen Kembara dan Dunia Lasak. Tiger 900 hadir ke pasaran negara dengan tiga varian iaitu Tiger 900 GT (RM72,900), Tiger 900 GT Pro (RM82,100) dan Tiger 900 Rally Pro bernilai RM85,900.

Ketiga-tiga model ini berkongsikan kapasiti enjin yang sama iaitu 888cc dengan sistem penyejuk cecair, 12 injap, DOHC, 3-silinder sebaris yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 106.5bhp dan tork 90Nm. Pembinaan panel meter TFT, bahagian kerangka (tiub keluli trellis & sub kerangka aluminium) dan rekaan lengan ayun juga sama.

Bagi peminat jentera scrambler, ditawarkan dua versi baru iaitu Scrambler 1200 X dan versi XE. Kedua-dua model baru ini didatangkan dengan beberapa ciri-ciri moden yang sama seperti Cornering ABS, Traction Control dan mod tunggangan 5 pilihan.

Scrambler 1200 X dan XE menawarkan hantaran kuasa setinggi 89bhp dan tork 110Nm yang hadir dari enjiin 1200cc sistem sejukan cecair. Kedua-dua model ini dibezakan menerusi sistem saspensi (depan & belakang), saiz/jenis brek, jenis panel meter, tinggi pelana, berat, dimensi motosikal, tapak roda dan panjang keseluruhan.

Harga asas untuk Scrambler 1200 X ialah RM80,900 manakala Scrambler 1200 XE ditawarkan pada harga RM88,900. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.

Dari Litar

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.