Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 4 Jun 2024

Honda Eropah Perkenalkan CRF450RX & CRF450R 2025

Jentera lasak terunggul dari Honda kini memacu ke hadapan sekali lagi dengan beberapa peningkatan yang menawarkan tunggangan lebih menyeronokkan. Terkini, Honda Eropah melancarkan siri model CRF yang menawarkan kestabilan lebih mantap di pelbagai laluan lasak, pengendalian yang tepat serta nikmat sebuah jentera yang tangkas.

Honda CRF450RX dan CRF450R 2025 baru ini diberi beberapa sentuhan lebih segar seperti bingkai aluminium baru, sistem saspensi hadapan Showa 49mm baru dan enjin dikemas kini yang meningkatkan tahap hantaran kuasa dan lebih tork serta tenaga pecutan di peringkat pertengahan.

Honda CRF450RX.
Honda CRF450RX.

Pembangunan enjin HRC Unicam 449.7cc empat injap memberikan respon pada pendikit dan tork yang dipertingkatkan khususnya di peringkat pertengahan (gear tiga dapat digunakan lebih panjang) membuatkan jentera ini mampu keluar dari selekoh tajam dengan lebih cepat dan mudah.

Model ini menawarkan sistem elektronik mantap seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) dengan 3 mod tunggangan (termasuk OFF), Engine Mode Select Button (EMSB) dengan 3 Pemetaan untuk hantaran kuasa berbeza iaitu Talaan 1 'Standard', Talaan 2 'Smooth' & Talaan 3 'Aggressive'.

CRF450RX diilhamkan oleh HRC dengan kerangka spar-kembar dan sub-kerangka baru yang kini lebih tegar dan seimbang. Sistem penyerap hentak baru jenis Showa menawarkan fork hadapan jenis USD 49mm dan penyerap hentak belakang 585mm yang diberi talaan semula. Model ini dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 90/90-21-54M dan belakang 120/90-18-65M yang dipadankan dengan brek cakera tunggal bersaiz 260mm (depan) dan 240mm (belakang).

Model CRF450R juga diberikan peningkatan yang sama dengan model RX. Kerangka spar-kembarnya telah direka semula untuk lebih stabil. Untuk redaman yang mantap, Honda menyempurnakan model ini dengan sistem saspensi jenis Showa baru di depan dan belakang. Struktur Pro-Link kini 11% lebih tegar, dengan nisbah dan jarak gandar lebih tepat untuk kawalan mantap di laluan lasak atau di bonggol.

Honda CRF450R.
Honda CRF450R.

Tangki model ini bersaiz 16 liter dan dihasil menggunakan titanium. Selain sistem pengaliran udara model baru ini yang direka semula, peredam ekzos yang dibuat daripada aluminium yang bukan sahaja cantik tetapi mampu menahan haba dengan lebih baik.

Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini ialah Launch Control, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Engine Mode Select Button (EMSB). Saiz tayar model ini berbeza dengan RX, di depan didatangkan dengan saiz 80/100-21-51M manakala di belakang 120/80-19-63M. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.