MBP Motorcycles Lancar Dua Model di MAS 2024 – M502N & C1002V
MBP Motorcycles, peneraju dalam kejuruteraan jentera berprestasi tinggi mengumumkan ketibaan dua model terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu M502N dan C1002V.
MBP M502N dengan gaya naked dibangunkan untuk menawarkan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan. Dengan kehadiran enjin yang teguh serta ciri-ciri moden, model ini sebagai penanda aras baru dalam industri dua roda.
Jentera naked ini dilengkapi dengan enjin dua silinder, 4-lejang dan sistem penyejuk cecair memberikan kuasa maksimum setinggi 35kW pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 6,750rpm. Rekabentuk yang moden, agresif dan bercirikan garisan tajam memastikan M502N sentiasa menonjol di atas jalan.
Teknologi moden ditampilkan pada model ini termasuklah paparan meter TFT bewarna penuh dengan mod tunggangan dan bantuan elektronik canggih seperti sistem ABS dan Traction Control. Dengan ciri ini meningkatkan lagi kawalan keselamatan yang lebih meyakinkan.
MBP telah melengkapkan kelengkapan lain pada M502N iaitu lampu-lampu LED, brek angkup jenis J. Juan dengan cakera berkembar 300mm di bahagian hadapan, brek cakera 240mm di belakang, tinggi pelana 790mm, berat 185kg dan tangki bahan api 17 liter.
MBP M502N boleh didapati di pusat pengedar MBP seluruh negara pada harga asas RM27,888. Model ini ditawarkan dalam dua warna seperti Night Black dan Lead Grey.
MBP turut menambah satu lagi model iaitu segmen Cruiser, C1002V yang mewah dan berkuasa dengan mengabungkan terknologi terkini serta tampil bersama rekabentuk yang elegan.
Enjinnya adalah jenis V-Twin 997cc, 4 lejang yang berkuasa 70kW pada 7,600rpm dan tork 102Nm pada 6,500rpm. Enjin ini direka untuk memberikan tunggangan yang mendebarkan sambil mengekalkan kecekapan dan kebolehpercayaan.
Ciri keselamatan seperti sistem ABS dua saluran, lampu-lampu LED, Traction Control dan sistem brek cakera berkembar 320mm (depan) dan cakera 300mm (belakang) tawar keyakinan dalam pelbagai jenis keadaan tunggangan. Model ini turut disempurnakan dengan meter TFT bersama fungsi sambungan Bluetooth.
“Kami amat teruja untuk memperkenalkan C1200V sebagai sebuah motosikal yang mewah, berprestasi dan memiliki rekabentuk yang inovatif. Kami percaya model ini akan mengembalikan semula pasaran motosikal premium dan memberi inspirasi buat penunggang di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Keeway Group, En. Dante Bustos.
MBP C1002V dijual pada harga bermula RM56,888 (tanpa cukai jalan dan insurans). Model ini mempunyai tiga warna menarik iaitu Hitam Kelabu dan Biru. RR
Popular