Moto Morini Seiemmezzo SCR Tiba Di Malaysia – Harga Asas RM33,888
Pada tahun 2022, Moto Morini Malaysia telah memperkenalkan model X-Cape 650. Kini selepas dua tahun, Mforce Bike Holdings telah mengembangkan lagi jenama Moto Morini dengan memperkenalkan model keduanya bagi pasaran negara iaitu Seiemmezzo SCR.
Moto Morini Seiemmezzo SCR merupakan jentera bagi segmen scrambler yang menampilkan rekabentuk dengan gaya retro. Model ini menggunakan enjin berkapasiti 649cc, dua silinder sebaris, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair sekaligus dapat menghasilkan kuasa maksimum 44.5kW pada 8,250rpm dan tork 54Nm pada 7,000rpm. Model ini juga disempurnakan dengan sistem suntikan bahan api serta kotak gear 6-kelajuan.
Model ini dilengkapi saspensi depan jenis fork USD KAYABA 43mm manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal KAYABA. Roda hadapan 18 inci dipadankan dengan cakera berkembar 298mm dan belakang cakera tunggal 255mm. Ciri keselamatan dipermantapkan lagi bersama sistem ABS dua saluran.
Berikut adalah ciri lain yang ditawarkan pada Seiemmezzo SCR:
- Paparan meter TFT 5 inci dengan sambungan bluetooth
- Tangki bahan api 16 liter
- Berat kering 200kg
- Tinggi pelana 810mm
Moto Morini Seiemmezzo SCR ditawarkan pada harga asas RM33,888 (tanpa insurans dan cukai jalan) dengan tiga pilihan warna seperti Green, Black dan Blue. RR
Popular