Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 22 Mei 2024

Boon Siew Honda Perkukuhkan Jenamanya Dengan Pelancaran 4 Model Terbaru

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya mengumumkan kehadiran empat model terbaru ke dalam pasaran Negara sempena Malaysia Autoshow 2024. Jentera-jentera tersebut adalah

Honda XL750 Transalp didatangkan dengan enjin bersesaran 750cc parallel twin, OHC, empat lejang, dengan sistem penyejuk cecair. Sebagai sebuah jentera berkonsepkan adnventure yang mempunyai kuasa enjin empat tahap mampu menghasilkan kuasa maksimum 67.5kW pada 9,500rpm dan tork 75Nm pada 7,250rpm.

Sistem Unicam lapan injap dengan mempunyai saiz gerek 87mm dan lejang 63.5mm, nisbah mampatan 11.0:1 serta Throttle By Wire (TBW) yang dikemaskini menawarkan prestasi tunggangan lebih baik buat kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

Model ini turut dilengkapkan dengan empat mod tunggangan seperti Sport, Standard, Rain dan Gravel. Terdapat juga mod User di mana pengguna boleh melaras sendiri tetapan untuk kesesuaian. Paparan sistem TFT 5 inci pula cukup kemas dan jelas untuk memaparkan info penting. Tinggi pelana pula adalah 850mm.

Berikut merupakan ciri elekktronik yang ditawarkan:

  • Klac jenis Assist & Slipper
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) lima tahap
  • ABS dua saluran
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Sistem brek enjin (EB) tiga tahap
  • Honda Smartphone Voice Control (HSVC)

Honda XL750 Transalp hadir dengan tiga warna iaitu Mat Iridium Gray Metallic, Ross White dan Mat Ballistic Black Metallic. Harga asas yang disyorkan RM56,800 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) bersama waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana sampai dahulu).

Honda NX500 adalah sebuah jentera yang dibangunkan dengan konsep Street Adventure moden. Enjinnya bersesaran 471cc, DOHC Parallel Twin, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 37kW pada 8,500rpm dan tork 6,500rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan turut dipadankan dengan klac jenis Assist & Slipper.

Rim hadapan bersaiz 19 inci dilengkapi dengan tayar 110/80 dan belakang menggunakan rim 17 inci dengan tayar bersaiz 160/60. Untuk tampil lebih segar, NX500 turut menampilkan saspensi hadapan jenis fork USD Showa 41mm SFF-BP. Manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Prolink yang menawarkan pelarasan pra-beban lima tahap.

Antara kelengkapan lain termasuk berat 196kg, tangki bahan api 17.5 liter, tinggi pelana 830mm, meter TFT 5 inci, lampu-lampu LED, ABS dua saluran, Honda Selectable Torque System (HSTC) dan Emergency Stop Signal (ESS)

Harga asas yang disyorkan RM37,099 dengan tiga warna menarik antaranya Pearl Horizon White, Grand Prix Red dan Mat Gun Powder Black Metallic.

Honda CB750 Hornet antra model motosikal jalanan yang miliki rekabentuk yang cukup menawan sekali. Enjinnya Parallel Twin, OHC, 4 lejang, sistem penyejuk cecair dengan crank 270 darjah dan sistem unicam 8-injap sekaligus memberikan kuasa 67.6kW pada 9,500rpm dan tork 74.4Nm pada 7,000. Transmisi 6-kejaluan turut disumbang dengan sistem klac jenis Assist & Slipper.

Model ditawarkan pada harga asas yang disyorkan RM50,800 dan terdapat tiga pilihan warna buat para penunggang seperti Graphite Black, Pearl Glare White dan Mat Goldfinch Yellow.

Honda telah melengkapkan model ini demgan kerangka jenis berlian yang lebih ringan dan bertegaran tinggi agar jentera menjadi lebih tangkas. Kelincahan CB750 ini disumbangkan dengan fork hadapan jenis Showa dan penyerap hentak tunggal dengan Pro-link bagi saspensi di belakang.

Didatangkan dengan Throttle By Wire (TBW), Honda turut meletakkan empat mod tungganga pada jentera mereka iaitu Rain, Sport, Standard dan User. Bagi bantuan elektronik seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Wheelie Control boleh digunakan menerusi paparan meter TFT yang turut memilik ciri connectivity dan sistem Honda Smartphone Voice Control (HSVC) yang boleh disambungkan kepada peranti Android dan IOS melalui apalikasi Honda RoadSync.

Model skuter adventure yang paling ditunggu-tunggu buat para peminat dua roda seluruh Negara iaitu Honda ADV350. Berkonsepkan ‘Skuter Urban Adventure’ yang baru, jentera ini adalah salah satu pilihan buat mereka yang ini mengembara pada hujung minggu sambil mengharungi laluan-laulan di dalam Bandar.

Tampil dengan teknologi enhanced Smart Power Plus (eSP+), Honda ADV350 dijana enjin bersesaran 330cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghembuskan kuasa maksimum 21.5kW pada 7,500rpm dan tork 31.8Nm pada 5,250rpm.

Untuk mengembara jauh, penunggang dimudahkan dengan tempat penyimpan barang yang luas di bawah pelana. Ruangan ini juga mampu memuatkan dua buah topi keledar fullface. Sistem keselamatan pada jentera ini meyakinkan lagi penunggangnya dengan brek cakera hadapan256mm dan belakang 240mm yang turut dipadankan dengan sistem ABS dua saluran.

Teknologi Emergency Stop Signal (ESS) merupakan sistem yang baru dalam siri ADV sebagai ciri keselamatan tambahan ketika membrek secara mengejut. Skuter ini juga dilengkapi fungi kunci pintar dan cermin penghadang angin. Manakala paparan meter digital boleh disambungkan bersama telefon bimbit menerusi sistem Bluetooth.

Antara ciri-ciri lain pada ADV350 adalah sistem suntikan bahan api PGM-Fi, berat 186kg, tangki bahan api 11.7 liter, lampu-lampu LED, fork USD, penyerap hentak berkembar dan kerangka jenis Underbone.

Honda ADV350 hadir bersama tiga warna menarik iaitu Mat Gun Powder Black Metallic, Pearl Smokey Gray dan Mat Candy Tulip Red. Harga asas yang disyorakan RM33,999 (tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan). RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.