Aveta Malaysia Perkenalkan Cub Adventure Mampu Milik - Ranger Cub Cross 115
Aveta Malaysia telah menambah rangkaian cub adventure dalam keluarga Ranger iaitu Ranger Cub Cross 115. Dengan pelancaran motosikal baru ini mampu menambat hati peminat-peminat jentera pengembaraan di Malaysia.
Diinpirasikan dari model terdahulu iaitu Ranger 110, jentera baru ini mampu memenuhi keperluan generasi peminat motosikal bagi mencari sebuah jentera cub Adventure yang mampu milik. Ranger Cub Cross 115 tampil dengan rupabentuk baru yang lebih versatile berasaskan gaya hidup.
Terdapat dua varian iaitu varian standard yang ditawarkan pada harga RM4,988 untuk warna Hunter Green. Manakala bagi edisi khas berwarna Desert Storm boleh didapati pada harga RM5,188. Kedua-dua harga adalah tanpa insurans dan cukai jalan namun memiliki waranti selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu).
Ranger Cub Cross 115 didatangkan dengan enjin empat lejang yang bersesaran 113cc dengan sistem sejukan udara. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 6.5kW dan tork 9.0Nm. Selain itu, jentera ini juga mudah untuk dikendalikan tidak kira di laluan offroad mahupun atas jalan raya.
Dibangunkan sebagai sebuah jentera pengembaraan, Ranger Cub Cross 115 hadir dengan cermin penghadang angin, pelindung tangan (Hand Guard), rear mud guard, paparan meter digital dan kedudukan ekzos yang lebih tinggi.
Dari segi keselamatan, jentera ini lengkap dengan brek cakera di bahagian hadapan manakala belakang mengunakan sistem brek jenis drum. Lampu hadapan jenis LED menawarkan pencahayaan yang terang untuk tunggangan pada waktu malam.
Roda hadapan untuk varian standard menggunakan rim jenis sport. Namun, Varian edisi khas, Desert Strom ditampilkan dengan rim jejari yang disaluti tayar jenis dual-purpose.
Aveta Ranger Cub Cross 115 berada di pasaran pada bulan Julai 2024. Bagi mereka yang berminat boleh membuat pra-tempahan dan akan menerima baju-T eksklusif. Untuk maklumat lebih lanjut tentang motosikal Aveta di Malaysia, sila lawati http://www.aveta.com.my. RR
Popular