Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 23 April 2024

Shineray 284 - Moped Menarik Dari China

Pengeluar motosikal dan kereta, Shineray Group hadir ke festival motosikal Canton baru-baru ini dengan menampilkan pelbagai model menarik. Antara yang kami cukup berkenan ialah Shineray 284, sebuah moped yang memiliki rekabentuk cukup mantap!

Menurut pihak Shineray, pembinaan model ini tertumpu kepada prestasi enjin dan sistem saspensi yang menjanjikan prestasi tunggangan yang mengagumkan. 

Shineray 284 hadir dengan enjin 149.4cc, silinder tunggal, sistem penyejuk udara, 4 lejang yang berkuasa 8.5kW pada 8,500rpm dan tork 10.5Nm pada 7,500rpm.

Pelananya setinggi 815mm, sesuai untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja dan dilengkapkan dengan sistem pencahayaan jenis LED. Shineray 284 dipadankan dengan tayar hadapan bersaiz 90/80-17 dan belakang 120/70-17. RR

Spesifikasi:

  • Sistem penghidup: elektrik & tendang
  • Berat: 131kg
  • Kelegaan tanah: 150mm
  • Tapak roda: 1,360
  • P x L x T: 1983 × 880 × 1135mm
  • Isi tangki: 7 liter
  • Panel meter: LCD
  • Rim depan & belakang: aluminium
  • laju maksimum: 100km/j

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.