Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 April 2024

Honda CB1300 SuperFour SP & Super Bol D'or SP 2024 - Tetap Dengan Gaya Retro!

Sejarah pengeluaran untuk model Honda CB memang cukup padu. Bayangkan model ini hadir ke pasaran dunia sejak tahun 1950an lagi dan masih kekal popular hingga ke saat ini. Siri Honda CB ini didatangkan dalam pelbagai versi, rekabentuk dan kapasiti enjin. Dalam banyak-banyak versi, terdapat beberapa model yang kita anggap lebih unik seperti CB92 Benly, CB77 Superhawk 1965, CB750 1969, CB250T Dream 1977, CB1000R (SC60 & SC80) dan banyak lagi.

CB1300 SuperFour SP & Super Bol D'or SP 2024.
CB1300 SuperFour SP & Super Bol D'or SP 2024.

Bermula tahun 2005, Honda menawarkan dua versi berbeza untuk CB1300 iaitu versi standard dan versi Bol D'Or yang lengkap dengan fairing separa bahagian. Untuk tahun 2024, Honda Japan mengembalikan nostalgia dengan melancarkan Honda CB1300 SuperFour (SF) dan Super Bol D'Or yang memiliki rupa paras cukup anggun dan spesifikasi enjin yang mantap.

Honda CB1300 SuperFour SP 2024.
Honda CB1300 SuperFour SP 2024.

CB1300 2024 disempurnakan dengan enjin 1,284cc PGM-Fi, sejukan cecair , 4 injap DOHC, 4 silinder sebaris yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 113PS pada 7,750rpm dan tork 112Nm pada 6,250rpm.

Honda CB1300 Super Bol D'or SP 2024.
Honda CB1300 Super Bol D'or SP 2024.

Rekabentuk CB1300 SF yang kekal seperti model retro memang padu betul. Nampak 'lama' tetapi padat dengan teknologi moden. Panel meter kekal dengan paparan jenis analog yang kini disepadukan meter digital yang menunjukkan posisi gear, mod tunggangan, tahap bahan api dan jarak perjalanan.

Didatangkan dengan kerangka jenis Double Cradle yang membantu pergerakan lincah dan tegap di sepanjang perjalanan. Berat untuk versi standard ialah 266kg manakala Super Bol D'Or pula 272kg.

Fork hadapan USD 43mm jenis Ohlins digabungkan dengan penyerap hentak belakang juga jenis Ohlins. Honda melengkapkan model ini dengan tayar-tayar bersaiz 120/70ZR 17M/C (58W) di depan dan 180/55ZR 17M/C (73W) di belakang yang dikawal sebaiknya oleh brek-brek cakera jenis Brembo.

Honda CB1300 SuperFour SP 2024.
Honda CB1300 SuperFour SP 2024.

Model ini juga didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik moden seperti Mod Tunggangan (Standard, Sport & Rain), Honda Selectable Torque Control, Cruise Control, Quick Shifter, Assist & Slipper Clutch dan sistem pencahayan jenis LED.

Honda CB1300 Super Bol D'or SP 2024.
Honda CB1300 Super Bol D'or SP 2024.

Untuk versi Super Bol D'Or, terdapat beberapa rekaan istimewa seperti cermin pengadang angin jenis 'smoke' dan ruang simpanan barang di bahagian sisi (saiz 1 liter). Untuk CB1300 SF SP & Bol D'OR SP, ia ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Pearl Hawkseye Blue dan Pearl Sunbeam White.

Honda CB1300 Super Bol D'or SP 2024.
Honda CB1300 Super Bol D'or SP 2024.
Ruang simpanan barang bahagian sisi untuk model Super Bol D'or SP.
Ruang simpanan barang bahagian sisi untuk model Super Bol D'or SP.

Untuk pasaran Jepun, harga versi standard adalah sekitar RM61,000 manakala untuk Super Bol D'Or pula RM65,000. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.