Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 April 2024

Bila Agaknya Yamaha PG-1 Masuk Malaysia?

Model kembara, Yamaha PG-1 yang dipertonton di beberapa buah negara Asean tahun lalu sekali lagi ditampilkan di acara Bangkok Motorshow 2024 baru-baru ini. Seperti yang hangat dikatakan, model ini menarik minat ramai kerana memiliki keunikan rekabentuk dan prestasi enjin cukup baik.

PG-1 disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, berisipadu 115 cc SOHC penyejukan udara, sistem suntikan bahan api, yang dipadankan dengan sistem transmisi empat kelajuan. Pelananya hanya setinggi 795 mm, kelegaan 190mm, tapak roda pula 1,280mm dan hanya 107kg (berat).

Model ini juga didatangkan dengan tayar hadapan dan belakang bersaiz 90/100-16 M/C 51P yang dikawal oleh sistem brek jenis cakera di depan manakala brek belakang kekal jenis gelendong. Sebagai sebuah motosikal yang dijadikan untuk lebih lasak berbanding kapcai biasa, PG-1 dipasang dengan suspensi yang lebih tinggi, terdiri daripada fork teleskopik dengan sarung getah di hadapan dan dua penyerap hentak di belakang.

Segmen jentera lasak berkuasa kecil ini sememangnya makin diminati di negara kita. Keupayaan jentera seperti ini menyusuri jalan-jalan yang berliku dan sukar begitu sesuai untuk para penunggang yang bertugas di laluan lasak, pengembara tegar malah warga kota yang ingin kelihatan bergaya.

Kita berharap agak pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan membawa masuk PG-1 ke pasaran negara tidak lama lagi. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.