Vespa Sprint Carbon Sedia Untuk Dimiliki
Bagi peminat jentera Vespa, model sporty Sprint Carbon telah pun berada di pasaran pada awal Oktober lalu dengan harga bermula daripada RM19,000. Naza Premira Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia menyatakan jentera baru ini didatangkan dengan ciri-ciri istimewa seperti panel meter dengan tekstur karbon, pelindung hon baru berwarna merah, pelindung lampu dengan kemasan kelabu dan bar hendal berwarna krom.
Jentera lagenda ini turut dilengkapkan dengan warna bendera Itali, 'Tricolore' sebagai simbol untuk rekabentuk, fesyen dan kecanggihan dunia motosikal. Demi keselamatan penunggangnya, Vespa Sprint Carbon disempurnakan dengan lampu-lampu LED agar ianya mudah dilihat dalam semua keadaan cuaca.
Vespa baru ini dilengkapi dengan enjin 150cc, sistem suntikan bahan api, empat lejang, sistem penyejuk udara i-Get yang menawarkan respons cukup efisyen dalam semua kelajuan. Pasti, ia menjadi kebanggaan setiap pemiliknya kelak kerana memiliki rekaan yang teliti, kemas dan sangat selesa. Kunjungi para pengedar rasmi Vespa yang berhampiran dengan anda dan nikmati sendiri Vespa ini. RR
Popular