Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 27 Februari 2024

BMW R 18 Roctane Bakal Masuki Pasaran Negara

Bersempena dengan pameran BMW Premium Selection (BPS) pada 1hb hingga 3hb Mac 2024 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, BMW Motorrad Malaysia bakal mempertontonkan jentera terbaru dalam barisan model Heritagenya yang ikonik iaitu R 18 Roctane. Model ini merupakan edisi yang kelima dalam keluarga R 18 yang mengabungkan elemen rekabentuk klasik dengan teknologi penunggangan yang dipertingkatkan.

BMW R 18 Roctane diilhamkan daripada model ikonik BMW iaitu R 5 yang mengutamakan elemen asas motosikal tulen yang memberikan fokus pada enjin boxer. Gabungan ini bertujuan untuk mencipta pengalaman tunggangan yang unik dan puas. Tambahan pula, model ini diserlahkan dengan elemen rekabentuk yang dicipta cukup teliti, termasuklah bahagian belakang yang direka rapi untuk aerodinamik.

Casisnya menggunakan kerangka keluli dwi-tiub, merupakan ciri tradisi BMW Motorrad di mana setiap kimpalan dan sambungannya menawarkan kualiti yang tinggi. Sama seperti BMW R 5, lengan ayun di belakang menyelubung pacuan belakang dengan kemasan klasik. BMW R 18 Roctane menampilkan ciri ergonomik yang seimbang dengan pemijak kaki dipasang pada bahagian tengah, pelana dua tingkat, papan pemijak yang dipertingkatkan, tuas gear dan bar hendal yang tinggi dengan kemasan bewarna hitam.

Keistimewaan utama pada model ini sudah tentulah terletak pada enjin boxer silinder berkembar, empat lejang dengan sistem penyejuk udara yang merupakan enjin boxer terbesar dalam barisan keluarga Heritage yang dikenali sebagai 'big boxer'. BMW R 18 Roctane dilengkapkan dengan enjin berkapasiti 1,802cc yang menawarkan kuasa maksimum 67kW (91hp) pada 4,750rpm dan nilai tork 150Nm.

Turut disempurnakan pada model ini adalah ciri bantuan menunggang seperti Automatic Stability Control (ASC), bersama dengan tiga mod tunggangan standard - Rock, Roll dan Rain. Manakala ciri pilihan untuk bagger termasuk lampu Adaptive Headlight serba baru, ia mengaktifkan elemen LED berasingan dalam lampu utama yang menawarkan pencahayaan lebih baik terutama ketika membelok. Untuk ciri-ciri tambahan yang lain ialah Hill Start Control, Headlight Pro, Reverse Gear Aid, Daytime Riding Light, Cruise Control dan penutup bahan api boleh kunci.

BMW R 18 Roctane hadir dalam dua pilihan warna iaitu Mineral Grey Metallic dan Manhattan Metallic Matt pada harga anggaran RM160,000. Untuk maklumat lanjut berkenaan model ini sila ke bilik pameran BMW Motorrad pilihan anda atau layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/models/heritage/r18-roctane.html RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.