Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Februari 2024

QJMOTOR LTR150 - Sebuah Skuter Retro Klasik Dengan Sistem ABS

QJMOTOR Malaysia telah melancarkan sebuah jentera skuter terbaru mereka iaitu LTR150. Terdapat empat pilihan warna menarik antaranya Lime Creme, Sky Blue, Mint Green dan Carnation Park. Menerusi rekabentuknya, jentera ini tampil dengan rekaan ala retro klasik yang menggabungkan elemen vintaj dengan moden untuk nilai estetika yang unik.

QJMOTOR LTR150 disempurnakan dengan enjin bersesaran 149cc, silinder tunggal, SOHC dan 4-ejang. Enjinnya berkuasa 12.2kW pada 8,500rpm dan tork 14.8Nm pada 6,500rpm. Selain itu, model ini juga turut didatangkan dengan transmisi jenis CVT bagi melancarkan pergerakan dengan senyap.

Rim bersaiz 12 inci di bahagian hadapan dan belakang dilengkapi brek cakera 190mm (depan) dan 225mm (belakang). Sebagai ciri keselamatan yang meyakinkan, QJMOTOR LTR150 tampil dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Manakala perjalanan yang lancar dan selamat disumbangkan dengan penggunaan saspensi teleskopik di hadapan dan belakang serta brek yang responsif untuk kestabilan demi mengutamakan keselamatan dan keyakinan penunggang.

Ruang pelananya yang lembut dan dijahit dengan kemas membuatkan penunggang dan pembonceng  rasa selesa untuk perjalanan jarak jauh. Tambahan lagi, terdapat ruang simpanan bawah pelana yang luas bagi memudahkan penunggang meletakkan barang. Melengkapkan lagi kemudahan para penunggang, ruang simpanan di bahagian hadapan lengkap dengan soket pengecas jenis USB.

Antara ciri lain yang menarik adalah paparan meter digital, lampu-lampu LED, sistem Idling Stop, tangki bahan api 6.5 liter dan tempat sangkut barang yang terletak di bahagian ruang kaki.

QJMOTOR LTR150 ditawarkan pada harga asas RM8,888 (tanpa insurans & cukai jalan) bersama waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Model ini boleh didapati di semua pengedar sah QJMOTOR di seluruh Malaysia sekarang. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Warta Roda

    Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

  • Warta Roda

    Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!