Triumph Street Triple RS
Model jalanan cukup mantap dari Triumph, Street Triple RS baru telah diperkenalkan dengan spesifikasi yang lebih menarik dan lebih mantap. Enjin tiga silinder, jentera 765cc ini menawarkan kuasa maksimum 121.36bhp pada 11,750rpm dan tork 79Nm pada 9,350mm. Street Triple RS baru ini juga menjanjikan respons yang lebih cepat dalam semua peringkat.
Dari pandangan luaran, jentera ini menarik minat ramai menerusi lampu utama LED yang lengkap dengan DRL lebih cantik, tubuh badan yang lebih sporty, peredam bunyi dengan kemasan gentian karbon, bar hendal serba baru dan kerangka titanium baru. Panel meter TFT yang dilengkapkan pada model ini memiliki empat paparan dan warna berbeza. Sudut skrin paparan juga boleh diubah mengikut keselesaan seseorang penunggang itu.
Model ini dilengkapkan dengan teknologi terkini seperti Triumph Shift Assist, 5 mod tunggangan, sistem traction control dan sistem ABS. Untuk menjadikan setiap saat bersama jentera ini menggembirakan, model baru ini dilengkapi dengan sistem saspensi jenis Showa di depan/ Ohlins di belakang yang berprestasi tinggi, brek-brek jenis Brembo dan tayar-tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP yang memiliki cengkaman yang cemerlang.
Dengan ciri-ciri baru serba hebat ini, para pemiliknya kelak akan dapati Triumph Street Triple RS merupakan model jalanan berkuasa, lincah dan menawarkan pengendalian cukup mantap. Jentera ini sememangnya sesuai untuk semua jenis perjalanan tidak kira di jalanraya biasa mahupun di litar. RR
Popular