Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 20 Februari 2024

Harley-Davidson CVO Pan America 1250 Special 2024

Pan America merupakan sebuah model kembara dari Harley-Davidson yang dicipta untuk para penunggang yang ingin menikmati ribuan kilometer perjalanan dengan selesa, tidak kira di laluan biasa mahu pun lasak. Model ini mendapat perhatian dunia kerana ia menawarkan karaktor yang lasak, enjin berprestasi tinggi serta sarat dengan teknologi moden. 

Untuk 2024, terdapat varian Special yang hadir dengan sistem saspensi elektronik 'semi-active' boleh laras di bahagian depan dan belakang dan sebagai pilihan iaitu Adaptive Ride Height (ARH). ARH merupakan sistem saspensi yang akan merendahkan posisi penunggang ketika berhenti dan kembali semula ke posisi asal sebaik sahaja bergerak. Selain itu, ini juga menawarkan beberapa mod tunggangan iaitu Comfort, Balanced, Sport, Off-Road Soft, Off-Road Firm dan sistem Traction Control.

Harley-Davidson Pan America 1250 Special.
Harley-Davidson Pan America 1250 Special.

H-D baru ini disempurnakan dengan enjin Revolution® Max 1250cc DOHC yang menawarkan hantaran kuasa tertinggi 150 hp/112 kW pada 8,750 rpm dan tork 129Nm pada 6,750 rpm. Model ini turut dilengkapi dengan lampu-lampu LED serba baru untuk suluhan tepat dan cukup terang. Jika dilihat dari sisi, kita akan menghargai perekacipta model ini kerana ia tampak elegan, teratur dan melambangkan kemewahan walaupun untuk sebuah motosikal lasak.

Pelana setinggi 789mm sememangnya agak tinggi buat sesetengah orang penunggang tetapi apabila jentera ini sudah mula bergerak, segala kesulitan telah hilang sama sekali. H-D Pan America Special disempurnakan dengan tayar bersaiz 120/70R19 60V (depan) dan 170/60R17 72V di belakang yang dikawal oleh sepasang brek cakera 320mm (depan) dan 280mm di belakang.

Harley-Davidson Pan America 1250 Special.
Harley-Davidson Pan America 1250 Special.
Harley-Davidson Pan America 1250 2024.
Harley-Davidson Pan America 1250 2024.

Panel meter H-D ini bersaiz 6.8-inci yang memaparkan pelbagai informasi seperti Tahap Kelajuan, Posisi Gear, Odometer, Tahap Bahan Api, Jam, Jarak Perjalanan, Trip, Suhu, Amaran Tongkat Sisi, Cruise Control, Takometer, sistem sambungan telefon pintar (muzik & navigasi). Untuk kemudahan pemiliknya, terdapat juga soket pengecas USB Jenis-C dan soket kuasa 5V. RR

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.