Honda Japan Tampilkan Grom 125 Berwajah Baru
Honda Grom 125 2024 telah diperkenalkan ke pasaran Jepun yang menampil beberapa perubahan kosmetik yang lebih segar, menyerlah, sporty dan unik. Seperti sebelum ini, penghasilan model ini adalah untuk menawarkan sebuah jentera urban yang santai, cantik dan lancar.
Personaliti baru hadirnya dari rekabentuk lampu hadapan jenis LED, fairing sisi, tangki bahan api dan skema warna yang cukup menarik iaitu Pearl Horizon White dan Matte Gunpowder Black. Model ini dilengkapi dengan enjin satu silinder OHC 4-lejang, sistem penyejuk udara 123cc yang menawarkan hantaran kuassa 10bhp dan tork 11.1Nm. Grom 2024 juga hadir dengan sistem transmisi 5 kelajuan.
Tayar-tayar model ini dipadankan dengan rim aluminium 5 jejari yang gemuk dan padu – sesuai untuk laluan berselekoh. Untuk kelancaran pergerakan, Honda telah menggunakan fork hadapan jenis USD manakala bahagian belakang dilengkapkan dengan penyerap hentak tunggal.
Panel meter digital Honda Grom ini memaparkan tahap kelajuan, posisi gear, putaran RPM, tahap bahan api, jarak perjalanan, jam dan sebagainya. Tangki barunya bersaiz 6.0L.
Turut diperkenalkan ialah varian HRC yang disempurnakan dengan pelbagai aksesori berspesifikasi-perlumbaan, termasuk ECU, Pengawal Kelajuan Pit Lane, tuas gear tangan, suis penukaran mod, sistem ekzos, fairing sisi dan lain-lain lagi. RR
Popular