Harley-Davidson CVO Road Glide ST 2024: Mengancam habis!
Kuasai nikmat pecut hebat di litar perlumbaan dan di jalan terbuka dengan jentera bagger paling hebat, paling mantap pernah dihasilkan oleh Harley-Davidson iaitu CVO Road glide ST.
Sudut pelana yang melengkung ke dalam serta bar hendal yang dinaikkan setinggi enam inci memberikan penunggang jentera ini berada dalam posisi agresif. Ia cukup sinonim dengan gaya jentera kustom West Coast.
Model baru ini disempurnakan dengan enjin V-kembar Milwaukee-Eight® 121 yang memiliki tenaga hantaran cukup padu, saspensi depan dan belakang boleh laras, komponen brek jenis Brembo premium, serta pelbagai Mod Tunggangan seperti Road, Sport, Track, Rain dan Custom.
H-D baru ini turut didatangkan dengan sistem navigasi dengan paparan keadaan pergerakan trafik secara langsung dan keadaan cuaca menggunakan penyambungan Wifi-Fi Hotspot.
Pergerakan dan keselesaan model ini disumbangkan oleh fork hadapan jenis terbaik 47mm yang dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis berkembar boleh laras.
Sistem ekzos 2-1-2 dengan penyenyap Titanium menjadikan model ini nampak lebih elegan. Harley memilih untuk melengkapkan jentera ini dengan tayar bersaiz 130/60B19 M/C 61H (depan) dan 180/55B18 M/C 80H di belakang yang menggigit permukaan jalan dengan sempurna. RR
Popular