Gogoro Pulse 2024 - Jentera Elektrik Lebih Prestasi
Pasaran skuter elektrik kini sedang berkembang pesat dengan kekuatan enjin kini setara 125cc yang menghasilkan hantaran kuasa sehingga 15bhp. Gogoro bukanlah nama baru dalam dunia jentera elektrik. Malah, dari beberapa segi, ia sebenarnya boleh dianggap sebagai salah satu perintis terutamanya menerusi teknologi perkongsian bateri.
Teknologi ini menempatkan stesen bateri di ruang awam, dan pemiliknya hanya perlu pergi ke stesen tersebut dan menukar bateri mereka (yang telah habis) dengan yang baru apabila kuasa bateri mereka semakin berkurangan.
Walau bagaimanapun, daripada menumpukan semata-mata pada penjimatan serta kecekapan dalam perjalanan, Pulse baharu ini direka untuk meningkatkan prestasi dengan menghasilkan 9kW, atau 12bhp - kuasa berterusan, enjin elektrik Pulse akan berputar sehingga 11,000rpm dan menghasilkan jumlah tork yang luar biasa iaitu 279lb ft.
Tenaga ini ini membolehkan ia mencapai kelajuan 0-48km/j dalam masa 3.05 saat, yang cukup berguna untuk tunggangan urban. Gogoro telah memberi tumpuan pada aerodinamik dengan Pulse untuk meningkatkan jarak penggunaan maksimum. Malangnya, Gogoro tidak memberikan maklumat tentang jarak penggunaan yang dicapai untuk satu pengecasan bateri bagi model Pulse. Kapasiti baterinya, atau jumlah bateri (satu atau dua) juga tidak dinyatakan.
Jentera baru ini memiliki pelbagai ciri 'pintar', termasuk aplikasi Apple Wallet – membolehkan pemiliknya mengunci dan membuka kunci skuter menggunakan telefon atau jam pintar. Panel meternya adalah jenis skrin sentuh 10.5-inci dengan beberapa Mod Tunggangan seperti (Range, Dirt, City, Touring, Track or Custom) dan sistem navigasi.
“Model 'The Pulse' memperkenalkan pengalaman menunggang jentera keluaran Gogoro menggunakan inovasi terkini kami. Pemilik akan menikmati prestasi elektrik, kecekapan aerodinamik, pencahayaan canggih dan pengalaman penggunaan sistem interaktif yang mengasyikkan,” kata Pengasar dan CEO Gogoro, Horace Luke.
Buat masa ini, Gogoro Pulse hanya dipasarkan di Taiwan dan dijangka tiba di pusat pengedar pada suku kedua tahun 2024. RR
sumber: https://www.visordown.com/
Popular