WMOTO Tampil ke Pasaran Dengan SM125i. Harga asas RM5,888
Pulau Pinang: WMOTO telah melancarkan moped baru untuk tahun ini iaitu SM125i dengan harga asas RM5,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
WMOTO SM125i ini didatangkan dengan enjin 123.7cc, silinder tunggal, 4-lejang SOHC, sistem suntikan bahan api elektronik dan transmisi empat kelajuan. Enjin baru ini mampu menghasilkan kuasa 5.8kw pada 8,000rpm dan tork 8.5Nm pada 6,000rpm.
Model baru ini dilengkapkan dengan sistem saspensi jenis teleskopik yang dipadankan dengan sepasang brek berspring. Tayar hadapannya bersaiz 70/90-17 manakala tayar belakang pula bersaiz 80/90-17 yang dipadankan dengan sistem brek cakera.
WOTO SM125i merupakan motosikal moped 125cc pertama menggunakan panel meter digital pelbagai warna. Walaupun ia berkonsep motosikal ekonomi, model terbaharu WMOTO ini tetap dilengkapkan dengan lampu LED.
Antara yang menarik ialah soket pengecas, ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar dan praktikal.
Dengan berat cuma 96kg, ia meningkatkan keyakinan kita untuk mengendalikan jentera ini di mana-mana sahaja.
WMOTO perkenalkan model ini dengan tiga warna pilihan iaitu Radiant Yellow, Luminous Blue dan juga Blazing Red. Dengan setiap pembelian WMOTO SM125i, para pelanggan boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR
Popular