Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 11 Januari 2024

Jentera Kembara Mewah, CFMOTO 1250TR-G Dilancarkan. Harga asas RM88,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model 'Grand Tourer' dengan kapasiti enjin terbesar ke pasaran Malaysia iaitu 1250TR-G dengan harga permulaan cukup menarik, RM88,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Model baru ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Nebula White dan Twilight Blue.

Nebula White.
Nebula White.
Twilight Blue.
Twilight Blue.

Lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia selepas China yang memasang dan melancarkan 1250TR-G. Model serba mewah ini disempurnakan dengan enjin V-Twin 1,279cc dengan kuasa maksimum 140hp pada 8,500rpm dan tork 120Nm pada 7,000rpm.

CFMOTO 1250TR-G ini juga padat dengan teknologi serba baru seperti Mod Tunggangan (Sport, Comfort & Rain), sistem Quick Shifter, Auto Cruise, Tire Pressure Monitoring System (TPMS), Hill Start Assist, sistem Kunci Pintar, sistem penyambungan Multi Media Inteface (MMI), sistem Navigasi yang kesemuanya boleh dilihat/ditala menerusi panel meter TFT bersaiz 12 inci.

Kemewahan yang ditawarkan oleh model ini dapat dilihat menerusi kemasan akhirnya yang cukup berkualiti, sistem pencahayaan jenis LED, ruang pelana empuk, kotak barang sisi dan sistem audio yang berkualiti tinggi.

Untuk keselamatan yang optimum, model ini dilengkapkan dengan sistem brek hadapan dwi-cakera bersaiz 320mm dan cakera tunggal 270mm pada brek belakang yang kedua-duanya dipadukan lagi angkup jenis Brembo serta sistem ABS (dua saluran). Pergerakan yang tepat dan mantap di laluan berselekoh khususnya dinikmati dengan hadirnya fork hadapan USD 48mm hidraulik, Marzocchi dan penyerap hentak tunggal boleh laras di bahagian belakang.

CFMOTO 1250TR-G ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah CFMOTO di seluruh Malaysia bermula minggu hadapan. RR

Antara ciri-ciri menarik lain:

  • Cermin pengadang angin larasan automatik
  • 2 Soket USB
  • Sistem pemanas pendikit
  • Daytime Running Light
  • Tangki besar (22.7 liter)
  • Berat 304kg
Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

  • Model Baru

    BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Artikel berkaitan

Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Benelli Tampilkan Leoncino Bobber 400 Serba Baru

KTM 390 Adventure 2025 dengan berorientasikan dunia lasak

Moto Morini X-Cape 700: Lebih Berkuasa, Lebih Anggun

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

Terbaru, Reiju memperkenalkan dua model kembara 'crossover' iaitu Xplora 557 dan Explora 707 yang sebahagian besarnya diilhamkan dari projek MV Agusta LXP Orioli.

Dari Litar

WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

Selepas tamatnya sesi ujian di Litar Jerez baru-baru ini, Prinsipal Pasukan Pata Prometeon Yamaha, Paul Denning telah menyatakan bahawa bekas juara WSBK 6 kali iaitu Jonathan Rea kini akan bekerjasama dengan Ketua Krew terbaru, Uri Pallares.

Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.