Triumph Motorcycles Perkenalkan Daytona 660
Global: Triumph Motorcycles telah melancarkan model superbike segmen pertengahan terbaru iaitu Daytona 660. Model baru ini disempurnakan dengan enjin 660cc tiga silinder berkuasa 95ps pada 11,250rpm dan tork 69Nm pada 8,250rpm yang menawarkan 17% lebih kuasa dan 9% lebih tork berbanding Trident. Daytona 660 baru ini menjanjikan penghantaran tenaga enjin yang lancar, responsif dan linear untuk pengalaman menunggang yang dinamik dan berkualiti.
Untuk pengendalian mantap di laluan-laluan berliku, Daytona 660 dilengkapkan dengan fork hadapan (SFf-BP) 41mm jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal Showa dengan pra-beban boleh laras. Apabila digabungkan dengan casis yang seimbang, Triumph baru ini sememangnya memberikan ketagihan buat sesiapa sahaja.
Triumph Daytona 660 ini juga dilengkapkan dengan tiga mod tunggangan iaitu (Sport, Road & Rain) yang memberikan tindak balas pendikit lebih baik dan selamat mengikut keadaan jalan, gaya tunggangan dan cuaca. Sistem Traction Control pada model ini juga boleh dinyah-aktifkan menerusi talaan yang terdapat pada panel meter TFTnya.
Model baru ini didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70 ZR27 dan 180/55 ZR17 (belakang) yang dikawal sebaiknya oleh brek-brek cakera (2 x310mm depan & 1 x 220 belakang) beserta sistem ABS. Pelana yang setinggi 810mm pula memudahkan jentera ini ditunggang oleh golongan penunggang. RR
Ciri-ciri menarik lain:
- Lampu-lampu LED
- Enjin piawaian Euro 5
- Tangki 14 liter
- Corak grafik 'Inspirasi Perlumbaan'
- Sistem klac Slip & Assist
- Sistem My Triumph Connectivity
- Sistem lampu kecemasan automatik - Emergency Deceleration Warning