Kawasaki Ninja ZX-10RR Winter Test Edition - Edisi Paling Eksklusif
Kawasaki Ninja ZX-10RR merupakan salah satu jentera paling kompetitif dalam Kejohanan Dunia Superbike (WSBK) dan pernah menjadi juara sebanyak 7 kali, termasuk 6 kali berturut-turut.
Untuk meraikan kejayaan ini, Kawasaki telah melancarkan Ninja ZX-10RR versi edisi yang amat terhad Winter Test Edition (Edisi Ujian Musim Sejuk). Kawasaki Ninja ZX-10RR Edisi Ujian Musim Sejuk 2024 dibuat lebih istimewa dengan hanya 25 unit yang akan dihasilkan. Setiap basikal telah direka dan disediakan oleh jabatan teknikal WSBK Kawasaki Racing Team (KRT), dan diselaraskan dengan piawaian ketat pasukan perlumbaan.
Pemilik bertuah edisi ini akan mendapat motosikal dengan warna istimewa yang mirip KRT WSBK ketika ujian musim sejuk. Terdapat juga plat bernombor pada pelindung tangki, serta sistem ekzos daripada Akrapovic. Sebagai tambahan, pemilik akan mendapat pas VIP untuk dua orang ke mana-mana pusingan WSBK 2024 pilihan mereka. Pas khas melayakkan mereka untuk melawati paddock semasa pusingan WSBK pilihan mereka, serta akses VIP ke hospitaliti dan garisan permulaan Kawasaki Racing Team. Mereka juga akan mendapat lawatan berpandu ke KRT Box dan bertemu serta bersalaman dengan pelumba Team Green Alex Lowes dan Axel Bassani. (Patutlah saya bermimpi untuk menjadi golongan kayangan, namun hanya kekal mimpi. Huhu.)
Selain daripada faedah istimewa dan ciri tambahan apabila membeli motosikal ini, ia merupakan jentera dengan prestasi yang dipertingkatkan. Enjinnya 998cc, penyejuk cecair, suntikan bahan api, empat silinder sebaris itu menghasilakn 214hp dan 111.8Nm sebelum mencampurkan kesan ciri Ram Air.
Ciri lain termasuk rangkaian elektronik yang komprehensif seperti quickshifter, kawalan cengkaman dan kawalan selekoh. Terdapat juga peredam stereng (steering damper) Ohlins untuk memastikan kestabilan optimum. Ia juga dilengkapi dengan kawalan jelajah (cruise control), dan paparan TFT penuh warna yang besar.
Harganya mestilah jugak berstatus kayangan: EUR33,000 (RM167,640.07 sebelum mengira berbagai cukai di Malaysia). Hanya 25 unit akan dihasilakn dengan 10 yang dikhaskan untuk pasaran Perancis.
Popular