Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 31 Disember 2023

Zontes Z500T Dilancarkan

Motosikal jenis adventure Zontes Z500T diperkenalkan baharu-baharu ini.

Walaupun dibelenggu imej penghasilan motosikal dengan rekabentuk ciplak mahupun komponen kurang berkualiti, sebenarnya industri motosikal China semakin berkembang dengan enjin lebih berkuasa dan berteknologi tinggi untuk pasaran global.

Tawaran terbaru daripada Zontes ini menyasarkan segmen pertengahan. Zontes Z50 T akan ditawarkan dalam dua versi - satu dengan roda aloi untuk tunggangan yang lebih fokus pada jalan raya, dan satu lagi dalam roda jejari wayar untuk prestasi lasak.

Jantung Zontes Z500T ialah enjin 498cc, dengan penyejukan cecair, suntikan bahan api, satu silinder. Ia menghasilakn 38 kilowatt, atau kira-kira 51hp, dan tork 50Nm. Motosikal ini lebih berkuasa daripada lawannya yang dilengkapi dengan enjin kembar kapasiti yang serupa. Menurut Zontes, model ini mempunyai kelajuan top speed 180km/j.

Malangnya, rekabentuk Z500T masih mengikut formula Z310T. Model Z500T varian adventure menggunakan roda hadapan 19-inci dan belakang 17-inci yang dipasang dengan tayar dwiguna. Versi jalanraya pula mendapat roda 17-inci di hadapan dan belakang. Suspensi terdiri daripada fork hadapan terbalik dan monoshock di belakang, manakala tugasan brek dikendalikan oleh cakera hadapan berkembar dan cakera belakang yang tunggal.

Zontes belum mengeluarkan harga model ini.

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Calon SPM Maut, Motosikal Yang Ditunggang Terbabas

  • Model Baru

    Honda BeAT Versi Terbaru Dilancarkan - RM6,090

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

Artikel berkaitan

Honda BeAT Versi Terbaru Dilancarkan - RM6,090

Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Benelli Tampilkan Leoncino Bobber 400 Serba Baru

KTM 390 Adventure 2025 dengan berorientasikan dunia lasak

Moto Morini X-Cape 700: Lebih Berkuasa, Lebih Anggun

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.