Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 27 Disember 2023

Keeway Kukuhkan Nilai Pasaran Dengan Model Lebih Mantap

Beberapa minggu Lepas, RR ada kongsikan beberapa model 2024 yang diperkenalkan oleh Keeway di pameran motosikal antarabangsa EICMA bulan November lepas. Hari ini jom kita teruskan dengan empat lagi model iaitu Sixties 300i, TX450R, V302C dan V302N.

Keeway Sixties 300i dinamakan sempena era 1960an yang mendekatkan kita dengan gaya pakaian, muzik dan kenderaan yang cukup unik, menonjol dan istimewa. Skuter automatik ini hadir dengan rekabentuk retro yang dikemaskan dengan teknologi dan aksesori moden.

Lampu hadapan jenis LED, dipadankan dengan gril hadapan yang disepadukan bersama lampu isyarat. Ruang pemijak cukup luas untuk selesa ditunggang oleh sesiapa sahaja manakala tempat pemijak pembonceng boleh dilipat dan tersimpan di bahagian sisinya.

Model ini disempurnakan dengan enjin 278cc, 4 lejang, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan hantaran kuasa 14.0kW pada 6,500rpm dan tork 22Nm pada 6,000rpm. Untuk meningkatkan pengendalian, Sixties 300i dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik KYB dan penyerap hentak berkembar KYB di belakang dengan lima tahap pelarasan.

Ciri-ciri lain yang menarik:

  • Brek-brek cakera Nissin berserta ABS
  • Tayar hadapan & belakang bersaiz 120/70-12
  • Isi tangki 10 liter
  • Kotak gear: automatik
  • Pacuan akhir: CVT

TX450R adalah pilihan yang cukup sesuai buat mereka yang gemarkan tunggangan lasak khususnya di laluan offroad. Apa jenis keadaan dan muka bumi pastinya tidak mendatangkan masalah besar buat jentera ini. Keeway meletakkan sasaran tinggi terhadap model ini memandangkan rekabentuk dan spesifikasi TX450R yang cukup mengagumkan.

Model berenjin 449cc, silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, sistem penyejuk cecair ini memiliki tenaga hantaran sekuat 32kW dan tork 38Nm yang dipadankan dengan rangka yang tegar tetapi ringan. Fork hadapan jenis panjang 280mm yang disesuaikan dengan penyerap hentak tunggal di belakang.

Untuk kelincahan menyusuri laluan lasak dan mencabar, tayar-tayar model ini (90/90 R21 depan & 140/70 R18 belakang) adalah jenis knobby dan rim berjejari. Kedua-dua tayar dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera dan sistem ABS.

Ciri-ciri menarik lain:

  • Lampu-lampu jenis LED
  • Panel meter TFT
  • Suis lampu latar belakang (untuk tunggangan malam)
  • Dua corong isi petrol (tangki 28 liter)
  • Kotak gear 6 kelajuan

V302C pula merupakan sebuah jentera cruiser yang dilengkapkan dengan enjin 298cc, v-kembar dengan kuasa hantaran setinggi 22.0kW pada 8,500rpm dan tork 26.5Nm pada 6,500rpm. Sistem pacuan-talisawat menawarkan penyelenggaraan yang rendah disamping prestasi pecutan yang tidak mengecewakan.

Kelancaran sistem transmisi 6 kelajuan, sistem Slipper Clutch yang digabungkan pula dengan sistem ekzos padu 2-dalam-1 membuatkan V302C cukup terserlah di mana sahaja ia pergi. Model ini hadir dengan brek cakera 300mm (depan) dan 240mm di belakang beserta ABS.

Dari segi rekabentuk, Keeway ini dilengkapi dengan lampu-lampu LED, lampu belakang jenis 'Bullet', pelana 690mm cukup selesa dengan tangki 15 liter yang cantik dan selesa untuk dikepit oleh penunggangnya.

Ciri-ciri menarik lain

  • Cermin sisi 'Bar-end'
  • Panel meter Digital
  • Daytime Running Light (DRL)
  • Laju maksimum 130km/j
  • Tapak roda 1,420mm

Meluncur di jalanan penuh bergaya dengan V302N, model jalanan (naked) yang hadir dengan rekabentuk moden. Kerangkanya ala trellis 'memeluk' enjin 298cc, V-kembar, SOHC, berkuasa 22.0kW pada 8,500rpm dan tork 26.5Nm pada 6,500rpm yang mampu memberi pecutan 129km/j.

Tangkinya sebesar 16 liter direka dengan bentuk yang bukan sahaja nampak padu tetapi juga memastikan penunggangnya dapat mengendalikan jentera ini dengan mudah. Pandangan sisi tampak lebih 'garang' dengan pemilihan saspensi sisi tunggal, corong kemasukan udara dan ekzos berlapis untuk Keeway ini

Lampu hadapan jenis LED bukan sahaja memberikan suluhan yang terang dan tajam memudahkan kita (penunggang) dilihat oleh kenderaan dari hadapan. Model ini juga hadir dengan panel meter bulat jenis digital. RR

Ciri-ciri menarik lain:

  • Slipper Clutch
  • Sistem ABS
  • Isi tangki 16 liter
  • Laju Maksimum 129km/j
  • Rim jenis Aloi Aluminium
Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.