Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 20 Disember 2023

APD Concept & CPx Explorer, 2 Model Eksklusif dari Vmoto

Itali: Pengeluar motosikal elektrik Vmoto menampilkan dua model eksklusif yang cukup anggun iaitu Cpx Explorer dan APD Concept. Kedua-dua model jentera elektrik ini memiliki rekabentuk yang serba moden disamping spesifikasi yang mantap.

Majlis pelancaran ADP Concept di EICMA November lalu.
Majlis pelancaran ADP Concept di EICMA November lalu.

APD Concept merupakan sebuah model yang dihasilkan menerusi kolaborasi di antara Vmoto dan Centro Stile Pininfarina. Pininfarina merupakan firma rekabentuk kereta yang beroperasi di Cambiano, Turin, Itali. Syarikat itu diasaskan oleh Battista "Pinin" Farina pada 1930 dan sememangnya memiliki kepakaran dalam dunia rekabentuk kenderaan.

Antara pelanggan eksklusif firma ini ialah Ferrari, Alfa Romeo, Peugeot, Fiat, GM, Lancia, dan Maserati. Turut mendapat kepercayaan ialah jenama dari China seperti AviChina, Chery, Changfeng, Brilliance dan JAC. VinFast di Vietnam dan pengeluar kenderaan terkenal Korea seperti Daewoo and Hyundai.

APD Concept ialah model skuter baharu yang akan diperkenalkan secara rasmi oleh Vmoto dalam masa terdekat sekali gus membuka ruang untuk baru mereka iaitu skuter maksi. Untuk merealisasikannya, Vmoto menggunakan kepakaran Centro Stile Pininfarina yang telah memperuntukkan banyak masa untuk membuat lakaran-lakaran hebat seperti mana objek ikonik yang telah pun dilakukan sebelum ini.

Ciri penting iaitu aerodinamik dan estetik dipadankan pada model ini, ia adalah tumpuan utama Pininfarina seperti mana yang telah mereka lakukan pada pelanggan-pelanggan terkenal sebelum ini.

Rekabentuk Vmoto ini digelar 'Sculpted by The Wind' yang terpapar menerusi rekabentuk keseluruhannya termasuk lampu-lampu LED untuk model ini bagaikan kenderaan dalam filem Sci -Fi yang lebih moden. Ini membuktikan keupayaan unik Pininfarina untuk menggabungkan gaya dan aerodinamik dalam setiap produk keluaran mereka.

Inspirasi sudut aerodinamik untuk APD Concept datangnya daripada ruang ujian terowong angin yang dilakukan demi peningkatan khususnya buat kenderaan elektrik. Ujian ini juga penting untuk menguji kadar jangka hayat bateri dan prestasi enjin. Selain itu, aliran udara telah disalurkan dengan teliti untuk memastikan pek bateri pada suhu enjin terkawal dengan sempurna.

Logo Vmoto ADP Concept.
Logo Vmoto ADP Concept.

APD Concept dikeluarkan dalam warna Biru yang senonim dengan warna korporat Vmoto manakala spesifikasi enjin untuk model ini masih belum dikongsikan lagi.

CPx Explorer pula diperkenalkan berikutan kejayaan Vmoto menerusi model CPx PRO. Lakaran model ini dihasilkan studio C-Creative yang diketuai oleh Andrian Morton yang juga telah mencipta beberapa model lain seperti CITI, Stash dan lain-lain.

Rekabentuk CPx Explorer memberi tumpuan pada bahagian hadapan menerusi rekacorak lampu LED, cermin pengadang angin dan fairing utamanya. Ia adalah gabungan di antara aesthetik, aerodinamik dan praktikaliti.

Enjin model ini berkuasa 8 Kw yang mampu dipecut sehingga 105 km/j dengan purata jarak perjalanan sejauh 100 kilometer. Untuk membuktikan lasakannya, pihak Vmoto telah mengadakan sesi ujian jarak jauh yang disertai oleh lima orang krew dan wartawan profesional bertempat di litar Tazio Nuvolari di Cervesina (Itali).

Ujian jarak terjauh untuk skuter elektrik ini dijalankan selama 24 jam dan telah memenangi Rekod Dunia Guinness dengan jarak 1,931 km, merangkumi cuaca kurang baik. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.