Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 19 Disember 2023

Niu RQi – Model 'Naked' Elektrik Cukup Menarik

Niu merupakan jenama motosikal elektrik global yang mempunyai reputasi cukup baik khususnya di pasaran Eropah. Sehingga kini, dinyatakan hampir 1 juta penunggang yang kekal aktif bersama Niu.

kredit foto: EICMA.
kredit foto: EICMA.

Untuk pasaran 2024, Niu memiliki beberapa model serba baru tetapi 1 model yang kami benar-benar tertarik iaitu RQi, sebuah jentera elektrik versi naked yang memang 'ngam' betul untuk digunakan dalam kawasan urban.

Model baru ini menawarkan hantaran kuasa setinggi 7,500kW dan nilai tork 450Nm. Hadir dengan dua bateri teras jenis lithium 72V yang berprestasi tinggi dan tahan lama. Kedua-dua bateri ini membekalkan kuasa secara berasingan untuk meningkatkan prestasi pengecasan.

RQi turut didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu E'Save, Dynamic dan Sport yang memberikan tindak balas pendikit yang berbeza. Turut dipadankan pada jentera elektrik pintar ini ialah sistem Traction Control dan sistem brek beserta ABS.

Dari segi penampilan, RQi direka dengan lampu hadapan LED 'Halo Light' bersama lampu-lampu lain yang juga jenis LED. Untuk tujuan kecemasan, Niu telah melengkapkan model ini dengan Sistem Pengesan Impak yang akan membuat rakaman video (di simpan dalam aplikasi Cloud) selama 1 minit SEBELUM dan SELEPAS berlakunya perlanggaran. RR

Ciri-ciri menarik lain:

  • Ruang kemasukan udara 'Sayap-sisi'
  • Bateri generasi baru + unit kawalan suhu
  • Brek-brek dengan angkup Brembo
  • Jarak perjalanan 105km (pengecasan penuh)
  • Laju maksimum 110km/j
  • Sistem kunci pintar
  • Camera depan & belakang
  • Sistem pengesan GPS
  • 4 warna: Hijau, Biru, Merah & Perak 'Brushed'

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.