F.B. Mondial Kini Lebih 'Garang' Dengan PIEGA 452 & HPS 125 2024
Ruang pameran EICMA cukup 'berseri' dengan penampilkan Mondial Piega 452 dan HPS 125. Kedua-dua model baru ini direka sebagai teman jalanan tetapi dengan menyasarkan peminat yang sangat berbeza.
Bagi mereka yang sukakan sebuah jentera cafe race atau gaya retro, HPS 125 adalah antara pilihan yang terbaik.
Model yang mendapat perhatian ramai merupakan 'permata estetik' terbaru dari Mondial yang memiliki rupawajah cukup menawan dan unik.
HPS 125 disempurnakan dengan enjin 125cc yang berkuasa dengan sistem suntikan bahan api Dell'Orto yang menjanjikan prestasi terbaik. Nilai seni 'retro' model ini digabungkan dengan pelbagai rekaan moden seperti panel meter TFT, sistem ekzos berkembar, fork hadapan keemasan, cermin sisi 'bar end' dan kerangkanya.
Pelana setinggi 790mm, mudah untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja. Tangki sebesar 9.5 liter dengan keberatan jentera 133kg, Mondial ini memilliki kadar penggunaan bahan api yang menjimatkan. Tayar hadapan bersaiz 100/90-18 dan belakang 130/80-17 dikawal oleh brek-brek cakera yang bermutu tinggi.
Sesiapa sahaja yang menunggang Peiga 452, dia akan tampak lebih 'cool' daripada penunggang motosikal lain. Ini kerana selain nama Mondial itu sudah cukup 'rare', rekabentuk Peiga juga lain daripada yang lain. Hampir di setiap sudutnya berbentuk berpetak-petak. Baik dari lampu utamanya hingga ke bahagian belakang. Bahagian tangki dan fairing sisi juga jelas berpetak.
Peiga 452 hadir dengan enjin 450cc, silinder kembar, 4 lejang, DOHC, 8 injap yang berkuasa 35kW pada 9,500rpm dan tork 39Nm pada 7,600rpm. Posisi menunggang yang agak tegak dengan pelana setinggi 820mm sesuai untuk semua jenis tunggangan. Bagi memastikan kuasa membrek yang cemerlang, Mondial ini dilengkapi dengan brek hadapan dengan angkup jenis Brembo.
Sistem pencahayaan model ini adalah jenis LED yang dipadankan dengan panel meter TFT. Ekzos yang dipasangkan di kiri dan kanan menjadikan rekabentuk Peiga ini nampak seimbang dan garang. RR
Spesifikasi Peiga 452
- Tangki 10 liter
- Kelegaan tanah 187mm
- Panjang keseluruhan 1,398mm
- Fork hadapan jenis terbalik 41mm
- Tayar hadapan 120/70-17
- Tayar belakang 160/60-17
- Berat 176kg