CFMOTO 450CL-C 2024 Dilancarkan Untuk Pasaran Filipina
Selepas memperkenalkan barisan model-model terbaru di EICMA 2023 baru-baru ini, CFMOTO telah memperkenalkan jentera cruiser pertama mereka untuk pasaran Filipina iaitu 450CL-C. Rupabentuk model ini tampak menawan sekali dari pelbagai sudut pandangan dengan menampilkan daya tarikan era klasik.
CFMOTO 450CL-C menggunakan enjin 449cc, dua silinder, DOHC dengan aci engkol 270 darjah serta sistem penyejuk udara sekaligus dapat menghasilkan kuasa 30kW pada 8,000rpm dan torknya 42Nm pada 6,250rpm. Enjinnya juga turut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Sistem ekzos dual-chamber menghasilkan bunyinya yang tersendiri selaras dengan setiap putaran pendikit.
450CL-C mempunyai keseimbangan di antara keselesaan dan gaya. Pelana setinggi 690mm bukan sahaja menawarkan keselesaan buat penunggang tetapi memudahkan lagi pergerakan untuk perjalanan jarak jauh mahupun dekat. Berat kerb 181kg memastikan jentera dalam keadaan stabil semasa menunggang.
Antara ciri-ciri lain yang menarik seperti lampu utama jenis LED berbentuk buat, paparan meter TFT, saspensi hadapan jenis terbalik, sistem ABS, sistem Traction Control, brek cakera 320mm (depan), brek cakera 220mm (belakang), soket pengecas USB dan tangki bahan api 12 liter. RR
Sumber berita: http://rideapart.com