TF 250-X – Motocross Terbaru dari Triumph
Triumph Motorcycles dengan rasminya melancarkan model terbaru, TF 250-X, sebuah jentera lasak/motocross yang dikatakan memiliki nisbah kuasa-berat paling ideal pernah dihasilkan. Model ini juga menawarkan pakej spesifikasi terbaik untuk segmen motocross 250cc yang cukup kompetitif.
TF 250-X direka sepenuhnya oleh pasukan Triumph bersama-sama dua juara motocross, Ricky Carmichael dan Ivan Cervantes. Kerangka dihasilkan daripada aluminium yang ringan, cukup fleksibel dan sangat kompak.
Triumph telah membangunkan sebuah jentera berprestasi tinggi. Enjin silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, 5-kelajuan yang disempurnakan dengan omboh aluminium bertempa dan injap titanium. Bahagian enjin ini juga mempunyai salutan geseran rendah karbon kelihatan seperti berlian, pelindung magnesium ringan dan klac Exedy Belleville.
Model ini hadir dengan fork gegelung (coil) AOS bersama-sama tiga pengapit aluminium 7075-T6 dan penyerap hentak gegelung 'piggyback' di bahagian belakang. Untuk dapatkan prestasi membrek yang cemerlang, Tf 250-X dilengkapkan dengan brek-brek jenama Galfer yang dipadankan dengan omboh berkembar Brembo. Tayar-tayar bersaiz 80/100-21 (depan) dan 100/90-19 (belakang) dipasang pada rim aluminium DirtStar 7000. RR
Aksesori yang ditawarkan:
- Sistem ekzos titanium Akrapovic
- Modul kawalan Launch Control
- Traction Control
- Penunjuk kelajuan LED
- Modul wi-fi MX Tune
- Pelana dan penutup pelana 'Performance'
- Kit gantian luaran