Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 22 November 2023

Pelbagai Model 2024 Keeway Motorcycles Diperkenalkan

Keeway Motorcycles bersedia untuk berada lebih kukuh dalam pasaran dengan pengenalan pelbagai model baru yang cantik dan berprestasi tinggi. Kita mulakan dengan tiga model serba baru iaitu Vieste 300 XDV, Fact X 125 & RKF125.

Vieste 300 XDV - Merah.
Vieste 300 XDV - Merah.

Vieste 300 XDV merupakan skuter maksi 'rugged' yang didatangkan dengan enjin 278cc, silinder tunggal, 4 lejang, 4 injap yang berkuasa 19kW pada 8,250rpm dan tork 24Nm pada 7,000rpm. Model ini sesuai untuk tunggangan jauh dan dekat kerana ia direka dengan mengutamakan keselesaan. Posisi menunggang cukup santai, ruang kaki cukup luas dan pelana empuk sememangnya melancarkan perjalanan.

Vieste 300 XDV - Putih.
Vieste 300 XDV - Putih.

Sistem saspensi lebih panjang daripada model standard. XDV ini dilengkapi dengan tayar depan bersaiz 110/70-13 dan saiz 130/70-13 untuk tayar belakang. Sistem brek cakera J.Juan bersaiz 240mm (di depan) dan 220kg di belakang hadir dengan sistem ABS.

Vieste 300 XDV - Biru & Sand
Vieste 300 XDV - Biru & Sand

Secara keseluruhannya, Kymco ini kelihatan sama dengan model WMoto XDV250i yang dipasarkan di Malaysia oleh Mforce Bike Holding Sdn Bhd. Lampu depan dan belakang adalah dari jenis LED yang direka untuk pencahayaan lebih baik serta keselamatan penunggangnya.

Untuk mengawal pergerakan dan penyerapan bebanan, XDV ini dipadankan dengan sistem penyerap hentak hadapan teleskopik KYB, jenis terbalik dan penyerap hentak 'shock-absorber' juga keluaran KYB. Tangki bahan api 13.5 liter yang cukup besar membolehkan jarak yang lebih jauh, meminimumkan kekerapan pemberhentian bahan api.

Vieste 300 XDV - Hitam Matte.
Vieste 300 XDV - Hitam Matte.

Skuter lasak ini didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu Putih, Hitam Matte, Merah, Biru dan Sand.

RKF 125 pula merupakan sebuah jentera yang direka untuk mereka yang ingin bergerak lancar dan bebas khususnya di dalam kesesakan bandar. Rekabentuknya diilhamkan daripada jentera naked berkuasa tinggi yang menampilkan rupa cukup moden, ramping dan bergaya. Model ini didatangkan dengan lampu-lampu LED di depan dan belakang.

RKF 125 hadir dengan enjin 125cc, 4 lejang, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 9.4kW pada 9,500rpm dan tork 10Nm pada 8,500rpm serta mampu dipecut pada kelajuan maksimum 100km/j.

Tayar hadapan bersaiz 100/80-17 manakala saiz untuk tayar belakang pula ialah 130/70-17 yang dipadankan dengan sistem brek jenis cakera berserta ABS + Combine Brake System. Model ini hadir dengan lima pilihan warna iaitu Kuning, Putih, Biru, Hitam dan Merah.

Ciri-ciri lain Keeway RKF 125

  • fork teleskopik USD + penyerap hentak mono pro-link
  • panel meter digital
  • rim aluminium
  • transmisi 6 kelajuan
  • Tinggi pelana 780mm
  • Isi tangki 10 liter

Fact X 125 merupakan sebuah skuter penuh gaya yang kreatif oleh para jurutera Keeway. Kecomelan skuter ini bukan hanya pada rekabentuknya sahaja tetapi juga pada corak grafik.

Fact  X 125 - Biru.
Fact X 125 - Biru.

Dengan ruang lantai pemijak yang luas serta ketinggian bar hendal yang sempurna, Fact X 125 ini mudah dan seronok untuk ditunggang lebih-lebih lagi di dalam kawasan bandar. Enjinnya bersesaran 125cc dengan kuasa hantaran 6.5kW pada 7,500rpm, tork 9.0Nm pada 5,000rpm serta kelajuan maksimum sekitar 85km/j.

Untuk kestabikan membelok, skuter ini menggunakan tayar-tayar bersaiz sama, 120/70-12 yang dimantapkan dengan penggunaan sistem brek jenis cakera beserta ABS + sistem CBS. Saiz brek di depan ialah 190mm manakala di belakang 205mm.

Fact  X 125 - Hitam
Fact X 125 - Hitam

Model ini didatangkan dengan tangki petrol bersaiz 6.4 liter – cukup sesuai dan memadai untuk pergerakan di dalam bandar. Keeway Fact X 125 tersedia dalam warna hitam, putih, hijau, merah dan biru. RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.