Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 22 November 2023

Benelli Tornado 500 & Tornado Naked Twin 500 2024 Lebih Mengancam!

Baru-baru ini di pameran EICMA 2023, Benelli turut memperkenalkan model terbaru untuk segmen sportbike dan naked iaitu Tornado 500 dan Tornado Naked Twin (TNT) 500.

Tornado 500 merupakan model yang tampil dengan fairing penuh sebagai ala-ala sebuah jentera perlumbaan manakala Tornado Twin Naked (TNT) 500 adalah sebuah jentera jalanan yang cukup tangkas di atas jalan raya. Kedua-duda jentera hadir dengan rupabentuk hadapannya tampak lebih garang menerusi lampu-lampu utama jenis LED beserta dengan lampu siang (DRL). Daripada pandangan belakang pula terlihat di mana lampu belakang telah bersepadu (Integrated) dengan lampu isyarat.

Model-model yang dibangunkan sepenuhnya oleh unit R&D Benelli di Pesaro ini tetap berkongsikan spesifikasi enjin yang sama walaupun berlainan segmen. Tornado 500 dan TNT 500 didatangkan dengan enjin bersesaran 500cc, dua silinder, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Kedua-dua jentera mampu menjana kuasa maksimum 47.6hp (35kW) pada 8,500rpm dan tork 46Nm pada 6,000rpm. Enjinnya kini mematuhi piawaian Euro5+.

Sama seperti TNT 500, casis Tornado disokong dengan kerangka keluli tiub jenis trellis, menjadikan jentera ini lebih pantas, ringan dan mudah untuk dikendalikan. Turut disempurnakan dengan paparan meter jenis TFT bersaiz 5 inci yang boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi Bluetooth. Melalui sambungan Wifi, pemilik juga boleh menukar paparan menjadi navigator. Turut hadir bersama ialah fungsi TPMS (untuk pemantauan tekanan tayar) dan soket pengecas USB sebagai standard.

Antara ciri-ciri lain seperti:

  • Brek-brek jenis Brembo (Tornado 500)
  • Sistem ABS
  • Tangki bahan api 14 liter (TNT 500), 16.5 liter (Tornado)
  • Berat 195kg (TNT 500), 186kg (Tornado)
  • Saspensi hadapan jenis fork USD
  • Tinggi pelana 784mm (TNT 500), 790/810mm (Tornado)

Menurut pihak Benelli, kedua-dua model ini akan tersedia di pasaran global pada separuh tahun pertama 2024. Namun, harganya masih belum ditetapkan lagi. RR

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.