Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 November 2023

Honda CB500 Hornet - Sesuai Untuk Semua

EICMA 2023: Model CB500F (naked) mula diperkenalkan pada tahun 2013 dan sehingga kini modelnya terus mendapat kepercayaan daripada para peminat motosikal. Pada tahun 2019, rekabentuk CB500F telah dilukis semula dengan menumpukan kepada peningkatan aspek teknikal. Tahun 2022 pula, Honda telah membuat perubahan dengan menawarkan sistem fork hadapan jenis USD SFF-BP Showa 41mm, lengan ayun baru dan sistem brek lebih baik.

Untuk tahun 2024, model baru ini ternyata berbeza. Nama dan rupanya juga serba baru. CB500 Hornet meneruskan legasi 'abangnya' CB750 Hornet dari segi penggayaan rekabentuk, teknologi terkini dan penambahbaikan dari pelbagai sudut.

Honda baru ini didatangkan dengan panel meter TFT 5 inci berwarna penuh, lampu-lampu LED, sistem Honda RoadSync untuk pengguna Android/IOS, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem Assist/Slipper Clutch bagi memastikan penunggang lebih berkeyakinan dalam semua situasi.

CB500 Hornet didatangkan dengan enjin 471cc, kembar parallel, sistem penyejuk cecair, DOHC yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 35kW @ 8,600rpm dan tork 43Nm @ 6,500rpm manakala ECU untuk model ini juga telah dikemas kini untuk pecutan lebih baik. RR

Ciri-ciri teknikal lain:

  • Pelananya setinggi 785mm
  • Tangki CB500 Hornet ini sebesar 17 liter (jarak perjalanan sekitar 485km)
  • fork hadapan Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) jenis jenis Showa 41mm
  • Brek hadapan 296mm
  • Brek belakang 240mm
  • Tayar hadapan 120/70-ZR17
  • Tayar belakang 160/60-ZR17
  • Kotak gear 6 kelajuan
  • Warna: Matt Gunpowder Black Metallic, Grand Prix Red & Pearl Himalayas White

Popular

  • Warta Roda

    MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

  • Warta Roda

    Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

  • Dari Litar

    Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.