Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 9 November 2023

CFMOTO 450MT Diperkenalkan di EICMA 2023

CFMOTO merupakan jenama motosikal dari China yang semakin dikenali di dunia. Bersempena dengan EICMA 2023, CFMOTO telah merancakkan lagi pasaran dunia dua roda dengan memperkenalkan rangkaian model-model terbaru. Antara salah satu model yang dilancarkan merupakan sebuat jentera Adventure iaitu CFMOTO 450MT.

CFMOTO 450MT didatangkan dengan enjin parallel Twin bersesaran 449cc yang mampu menjana kuasa maksimum 32.5kW pada 8,500rpn dan tork 44Nm pada 6,250rpm. Manakala dengan menggunakan Crankshaft 270-degree sudah pasti CFMOTO ini menawarkan bunyi enjin yang cukup mantap sekali. Menunggang bersama model ini lebih meyakinkan kerana 450MT mempunyai berat kering 175kg.

Dari segi pengendalian pasti menawarkan keselesaan tidak kira menunggangnya di jalan biasa mahupun offroad. Model ini dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis fork USD KYB manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal boleh laras. Selain itu, roda hadapan 21 inci dipadankan dengan saiz tayar 90/90 dan tayar belakang bersaiz 140/70-18.

Menariknya sistem ABS dwi-saluran BOSCH pada jentera ini boleh dimatikan pada tayar belakang menerusi butang khas di bar hendalnya. Pelananya pula mempunyai ketinggian dua tahap iaitu 820mm dan 800mm.

Antara ciri-ciri lain yang menarik:

  • Paparan meter TFT 5 inci
  • Brek J.Juan dengan cakera 320mm (depan)
  • Brek cakera belakang 240mm
  • tangki bahan api 15.5 liter
  • Lampu-lampu LED
  • Cermin penghadang angin boleh laras

CFMOTO 450MT dijangka akan memasuki pasaran dunia pada awal tahun hadapan. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.