Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 6 November 2023

Suzuki Hayabusa 2024: Edisi Ulang Tahun ke-25. Harga asas RM115,900.

Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. memperkenalkan Hayabusa 2024 Edisi Ulang Tahun ke-25. Model istimewa ini adalah untuk memperingati kemampuan Suzuki untuk menghasilkan produk yang prestasi mengagumkan, reka bentuk inovatif dan legasi berkekalan dunia permotoran sejak suku abad yang lalu. Tidak dinafikan, Hayabusa merupakan model eksklusif yang menetapkan piawaian baharu dunia motosikal khususnya dari sudut pecutan, kelajuan maksimum dan ketepatan.

Model Ulang Tahun ke-25 ini mempunyai reka bentuk yang tegap, enjin empat silinder sebaris (memenuhi piawaian pelepasan global) yang dikemaskan pada casis yang tegar dan moden. Rekabentuk luaran pula dicipta dengan aerodinamik membolehkan Hayabusa yang bersesaran 1,340cc ini memecut lebih pantas dan lebih lancar berbanding sebelum ini.

Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) yang dimiliki oleh Hayabusa ini menawarkan Adjustable Power Delivery, Advanced Traction Control, Cruise Control, Launch Control, Quick Shift, Motion Track ABS dan sistem Combined Brake.

Rangkaian bantuan penunggang elektronik ini memastikan penunggang jentera ini menikmati pengalaman yang selamat dan menggembirakan di setiap masa.

Hayabusa Gen-III Edisi Ulang Tahun Ke-25 Hayabusa didatangkan dengan lambang dan logo khas yang diletakkan dengan teliti di seluruh motosikal. Terdapat juga komponen yang hadir dengan kemasan anod berwarna emas yang unik, penutup tempat duduk solo yang ikonik juga merupakan sebahagian daripada pakej menarik.

Segala kecanggihan dan keanggunan Hayabusa edisi terhad ini adalah bukti komitmen Suzuki selama ini dalam penghasilan karya seni pada kejuruteraan motosikal. Sama seperti namanya, Hayabusa terus melonjak mengatasi segala-galanya yang merangkumi semangat inovasi, kepantasan dan ketepatan.

Hayabusa 2024 Edisi Ulang Tahun Ke-25 ditawarkan pada harga RM115,900 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran) dan kini boleh didapati di semua bilik pameran Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Sila layari pengedar sah Suzuki terdekat anda atau laman web Suzuki Malaysia di www.suzuki.com.my. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.