Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 27 Oktober 2023

Triumph Bonneville 2024 Edisi Stealth

Triumph telah menampilkan edisi khas Bonneville Stealth yang dikemaskan dengan warna gaya-kustom lebih dramatik untuk pasaran tahun hadapan. Warna istimewa ini akan dihias pada lapan model rangkaian Triumph Modern Classic dengan rekacorak yang dilukis tangan dan hanya akan ditawarkan untuk jangka masa setahun sahaja.

Setiap model Stealth ini mempunyai rekabentuk tangki yang unik serta dicatkan dengan warna cukup cantik. Proses ini bermula dengan lapisan asas 'Silver Ice' yang diwarnakan pada setiap tangki diikuti dengan rekacorak 'Sapphire Black' menggunakan kaedah 'Graphite Vignette'. Akhir sekali, lakuer berwarna 'lut sinar' digunakan dalam pelbagai lapisan.

Bonneville T120 'kiri' & T100
Bonneville T120 'kiri' & T100
'Stripped- Back' Bobber - Ungu
'Stripped- Back' Bobber - Ungu
Bonneville T120 - Black Silver
Bonneville T120 - Black Silver

Transisi rekacorak grafik dari warna gelap kepada terang memberikan suatu hasil yang luar biasa – dapat dilihat dengan jelas terutama sekali apabila terdedah kepada cahaya dan keadaan sekeliling yang berubah-ubah.

Speed Twin 900 - Phantom Green
Speed Twin 900 - Phantom Green

Lapan Triumph Bonneville Edisi Stealth tersebut ialah Bonneville Speedmaster (Merah), 'Stripped-Back' Bobber dalam warna Ungu, model T100 dan T120 pula hadir dengan kemasan warna Biru dan Speed Twin 1200 (Hijau).

Scrambler 900 - Phantom Orange
Scrambler 900 - Phantom Orange

Model Scrambler 900 pula menarik perhatian dengan warna Jingga dan akhir sekali ialah model T120 Black yang tampak eksklusif dengan warna Matt Silver. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.