Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Oktober 2023

RS 457, Pelengkap Segmen Sport Aprilia

Eropah: Aprilia melengkapkan rangkaian jentera sportnya dengan penampilkan RS 457 baharu, model pelengkap di antara RS 125 dan RS 660. Model baru ini disempurnakan dengan enjin serba baru silinder berkembar selari, 4 lejang sistem penyejuk cecair.

Dengan menampilkan tenaga enjin yang berkuasa 45 hp dan hanya seberat 175 kg (basah) RS 457 mempunyai nisbah kuasa-ke-berat terbaik dalam segmennya. Para pemilik jentera ini dijanjikan sebuah mesin yang ringan, mudah dikendalikan, tangkas dan berteknologi tinggi.

Pada bahagian casis, Aprilia adalah satu-satunya pengeluar dalam segmen ini yang memilih untuk menggunakan aluminium. RS ini dipadankan dengan fork jenis terbalik berdiameter 41 mm dan penyerap hentak tunggal dengan pra-beban boleh laras. Sistem brek menampilkan cakera hadapan 320 mm dengan angkup jenis ByBre dan cakera 220 mm di belakang. RR

Ciri-ciri menarik:

  • Lampu LED
  • Panel meter TFT 5-inci
  • Mod Tunggangan
  • Traction Control
  • sistem Quick Shifter (aksesori tambahan)

Popular

  • Warta Roda

    MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

  • Warta Roda

    Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

  • Dari Litar

    Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!