Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Oktober 2023

Royal Alloy Malaysia Lancar 3 Model Terbaru

Royal Alloy merupakan jenama dari British, yang memberi tumpuan untuk mengeluarkan dan memperkenal jentera-jentera skuter gaya klasik. Jenama yang semakin mendapat permintaan tinggi ini beroperasi di ibu pejabat mereka di Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam, Selangor.

Hari ini, Royal Alloy Malaysia telah melancarkan tiga model terbaru iaitu GP125 Youth Edition (YE), GP180 YE dan GP250S. Majlis ini disempurnakan oleh Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, Dato' Chear Kin Keong dan Dato' M. Syahrul bertempat di Glass House, Kuala Lumpur.

GP125 YE dan GP180 YE memiliki rekabentuk yang hampir sama. Kedua-duanya berkongsikan sistem lampu LED, panel meter digital, rekabentuk klasik yang menarik, size tayar yang sama dan saiz isi tangki yang sama. Keunikan model ini tentulah pada bahagian sisinya yang direka transparent menggunakan bahan plastik ABS yang berdaya tahan tinggi.

Bahagian dalaman hos dan sistem pendawaian untuk model-model Youth Edition turut dikemaskan agar kelihatan lebih elegan. Kerangka dan ekzosnya juga direkanserba baru yang menjurus kepada pengurangan berat keseluruhan.

GP125 YE hadir dengan enjin 125cc, silinder tunggal. 4 lejang, sistem penyejuk udara yang menawarkan hantaran kuasa 7.2kW dan tork 9.2Nm. Untuk pengendalian mantap, model ini dilengkapkan dengan brek jenis cakera bersama sistem CBS. Terdapat lima warna pilihan iaitu Ivory (cover set transparent), Pink, Matt Black, Ivory White dan Flame Red. Harga yang ditawarkan untuk model 125cc ialah RM13,800.

Enjin GP180 YE pula bersesaran 169cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk udara yang memiliki kuasa 7.5kW pada 7,250rpm dan 10.6Nm pada 5,250rpm. Berbeza dengan 'adiknya', sistem brek untuk GP180 YE ini dipadankan dengan ABS. Harga untuk model ini ialah RM17,300 dan ditawarkan dalam 6 pilihan warna iaitu Blue (cover set transparent), Pink, Modern Orange, High Class Grey, sherwood Green Matt dan Matt Bronze.

Menemani model TG250S yang sudah pun berada di pasaran selama ini ialah GP250S yang hadir dengan prestasi lebih padu. Model ini disempurnakan dengan enjin 244cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk cecair yang memiliki hantaran kuasa 15.9kW pada 7,250rpm dan tork 19.0Nm pada 5,000rpm. Model ini juga dipadankan dengan penggunaan sistem ABS bagi memastikan perjalanan lebih selamat.

GP2250S ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Sherwood Green dan Scotland Grey yang boleh dimiliki pada harga RM22,800. Model ini juga didatangkan dengan varian Youth Edition dengan warna Biru dan Ivory (kedua-duanya dengan cover transparent) pada harga RM23,800.

Pihak Royal Alloy Malaysia turut berkolaborasi dengan kumpulan kugiran Masdo yang akan memperkenalkan Royal Alloy 'Edisi Masdo' tidak lama lagi. Model 'Edisi Khas' ini akan dikeluarkan sebanyak 50 unit dan para pemiliknya bakal dijemput untuk bersama-sama dalam pembikinan video klip kumpulan tersebut.

Menurut pihak Royal Alloy, rekacorak akhir model ini masih belum diputuskan lagi tetapi para pemilik boleh memilih untuk menggunakan rekacorak 'Masdo' ini pada mana-mana model yang ingin mereka miliki sama ada GP125, GP180 atau GP250. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

  • Pandu Uji

    MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

  • Warta Roda

    Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

  • Warta Roda

    Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Artikel berkaitan

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.