Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 November 2019

SYM JET14 200 & MIO 110 Dilancarkan

Tahniah buat MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jentera SYM telah memperkenalkan dua buah model skuter dengan pemasangan tempatan (CKD) iaitu  SYM JET14 200 dan MIO 110 pada 21hb September lalu. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad bersama En.Wee Hong di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang.

SYM JET14 200 merupakan sebuah jentera yang dinaiktaraf daripada model sebelum ini iaitu SYM JET14 125. Model ini direka untuk menawarkan prestasi yang hebat, keselesaan buat penunggang dan gaya yang menarik. Ia juga sangat praktikal untuk ditunggang dalam kawasan bandar.

Skuter ini dilengkapi dengan enjin bersesaran 168.9cc, silinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk udara yang menawarkan kuasa maksimum 8.8kW pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000rpm. Selain itu, JET14 200 dikuasakan dengan enjin suntikan bahan api yang mematuhi piawaian EURO 4. Untuk meningkatkan ciri keselamatan, model baru ini didatangkan dengan sistem brek ABS di hadapan sahaja, cakera bersaiz 260mm  (hadapan) dan 220mm (belakang).

Saspensi hadapannya menggunakan fork teleskopik manakala belakang penyerap hentak berganda. Antara ciri-ciri lain seperti paparan meter digital, ruang simpan barang bawah pelana dan tangki bahan api 7.5 liter. JET14 200 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Cedar Brown, Jet Black dan Steel Grey yang boleh didapati pada harga RM7,888.

SYM MIO 110 pula adalah kesinambungan buat model sebelumnya iaitu MIO 100. Jentera ini dijana dengan enjin 111cc, gerek x lejang bersaiz (52.4 x 51.5mm) menawarkan kuasa 5.5kW pada 7,500rpm dan tork 7.3Nm pada 5,500rpm. Dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api yang mematuhi piawaian EURO 3.

Antara ciri-ciri utama dimiliki pada skuter ini adalah lampu jenis LED, paparan meter digital, ruang simpan barang yang luas, slot pengecas USB, fork teleskopik (hadapan) dan penyerap hentak (belakang). MIO 110 dipadankan dengan tayar bersaiz 90/90-10 di depan dan belakang beserta brek cakera 160mm (depan) manakala, belakang menggunakan brek jenis gelendong.

Model ini pula dijual pada harga RM5,688 dengan tiga pilihan warna iaitu Papermint, Flamingo dan Matte Black. MForce Bike Holdings turut menawarkan jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) untuk kedua-dua model terbaru ini. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta