Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 26 September 2023

BMW F 800 GS, BMW F 900 GS, BMW F 900 GS Adventure (2024) Baharu Diperkenalkan

Nama R 1250 GS telah menjadi sinonim dengan BMW Motorrad, tetapi pembuat daripada Jerman ini juga menghasilkan model-model adventure berkapasiti pertengahan. Mereka baharu sahaja melancarkan tiga model iaitu BMW F 800 GS, BMW F 900 GS, dan F 900 GS Adventure (2024) bagi menggantikan F 750 GS, F 850 GS, dan F 850 GS Adventure.

Seperti namanya, banjaran "F" yang baharu ini mencirikan enjin dengan kapasiti yang dibesarkan daripada 853cc ke 895cc. Kekeliruan di sini tertimbul dengan varian F 800 GS: Ia sebenarnya menggunakan enjin dengan kapasiti yang sama, tetapi dengan penghasilan kuasa maksimum yang lebih rendah (87hp). Ia seperti kereta BMW 523i dan 520i. Enjin varian F 900 GS pula menghasilkan 105hp.

Apapun, model F 800 GS yang baharu ini akan mendapat ciri skrin TFT 6.4-inci, lampu depan LED yang dipertingkatkan, pemanas tangan, pelindung tangan, tapak untuk kotak pembawa barang, serta pembaharuan rekabentuk. Ia dijual pada harga £9,995 (RM57,182.13) di UK, bermula 2024.

Varian F 900 GS telah dikurangkan berat sebanyak 14kg dengan penggunaan tangki petrol plastik, selain daripada lengan ayun yang baharu. Ia dilengkapi dengan peredam bunyi ekzos Akrapovic, fork depan baharu yang boleh dilaras, lampu depan LED yang dipertingkatkan, pemanas tangan, pelindung tangan. Harganya di UK ialah £11,995 (RM68,620.78).

F 900 GS Adventure (GSA) pula tangki petrol yang lebih besar selain daripada ciri-ciri yang sama dengan F 900 GS. Harganya di UK ialah £12,350 (RM70,651.66).

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.