Ducati Multistrada V4 S Grand Tour Dilancarkan!
Dengan penganjuran acara 2024 World Premiere, Ducati melancarkan jentera kembara Multistrada V4 S Grand Tour serba baru yang bukan sahaja memiliki rekabentuk yang menggiurkan tetapi juga menawarkan tahap keselesaan yang optimum serta pakej keselamatan yang memberi ketenangan buat para pemiliknya.
Pengenalan kepada model ini sememangnya sangat tepat, ia tiba bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 model Multistrada yang telah memberikan kenikmatan pengembaraan buat ribuan penunggang dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti Mod Tunggangan, sistem Traction Control, sistem ABS dan lain-lain.
Multistrada V4 S Grand Tour adalah sebuah varian yang dipadatkan dengan aksesori penuh (Full Optional) berdasarkan model S dengan persediaan serta talaan Travel & Radar. Ia dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Detection (BSD), Tyre Preasure Monitoring System (TPMS), lampu-lampu LED yang meningkatkan tahap keselamatan penunggang terutama sekali ketika menunggang di kawasan berkabus.
Untuk kemantapan khususnya dalam pengembaraan berjarak jauh, Ducati telah melengkapkan model ini dengan sistem elektronik terkini seperti Power Mode, Riding Mode, Ducati Wheelie Control (DWC), Ducati Traction Control (DTC) dan ABS Cornering System.
Kecekapan jentera ini di laluan berliku datangnya dari sistem saspensinya, tayar-tayar bersaiz 120/70-19 (depan) 170/60-17 (belakang) dan semestinya sistem brek jenis Brambo Stylema.
Multistrada baru ini disempurnakan dengan rekacorak V4 Pikes Peak yang melambangkan gaya tunggangan sporty dan Multistrada V4. Semestinya dengan Ducati ini, para pengembara motosikal atau Globetrotters akan terus mencari destinasi berikutnya. RR
Ciri-ciri standard Ducati
- pemeriksaan enjin + valve clearance setiap 60,000km
- kerangka aluminium monocoque
- lengan ayun aluminium
- kerangka tiub keluli
- sistem saspensi elektronik separa-aktif - Marzocchi Ducati Skyhook Suspension (DSS) Evolution
- brek cakera Brembo Stylema dengan Bosch-Brembo ABS 10.3ME dan Cornering Braking System
- sistem transmisi Ducati Quick Shift (DQS)
- sistem Cruise Control
- Vehicle Hold Control
- Pemanas Pendikit & Pelana
- ruang telefon pintar
- tongkat tengah