Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Ogos 2023

QJMOTOR Malaysia telah memperkenalkan SRK600RC di KLBS 2023

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama QJMOTOR di Malaysia secara rasminya telah melancarkan sebuah model sport kelas pertengahan iaitu QJMOTOR SRK600RC. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Biru dan Hitam. Menariknya rekacorak pada jentera ini diinspirasikan dari pasukan QJMOTOR Gresini Racing dalam saingan Moto2 di MotoGP.

SRK600RC dipadankan dengan enjin 4 silinder , 16 injap, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Ianya mampu menawarkan 60.0kW (81hp) pada 11,000rpm dan tork 51.0Nm pada 10,500rpm. Enjinnya juga dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Pakej sistem brek pada jentera ini tampil dengan lebih premium iaitu brek Brembo M4 berkembar bersama cakera 320mm di bahagian hadapan dan belakang menggunakan cakera tunggal 260mm dengan kaliper jenis brembo. Terdapat juga sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk meningkatkan tahap keselamatan tambahan pada jentera ini.

Demi keselesaan buat penunggangnya, QJMOTOR telah menyempurnakan SRK600RC dengan suspense hadapan jenis terbalik dari Marzocchi. Suspensi di bahagian belakang pula adalah monoshock preload boleh laras.

Antara kelengkapan lain yang terdapan pada model ini seperti paparan meter jenis TFT, berat 225kg,sistem kunci pintar, tangki bahan api 16.4 liter, tinggi pelana 800mm, sistem suntikan bahan api elektronik, lampu-lampu LED, tayar 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang).

QJMOTOR SRK600RC ditawarkan pada harga bermula RM39,888 (tanpa insurans dan cukai jalan). RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.