Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Ogos 2023

SYM Malaysia Perkenalkan Tuscany 150

Bersempena dengan KL Bike Show 2023 di World Trade Centre, SYM Malaysia telah memperkenalkan skuter terbaru mereka yang berkonsepkan Evergreen iaitu Tuscany 150.

SYM Tuscany 150 merupakan sebuah skuter klasik yang menapilkan ciri-ciri moden buat para peminatnya. Model ini menampilkan rekabentuk yang menawan dengan gaya gabungan dan prestasi cukup menyerlah sekali.

Skuter automatik ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bersesaran 149.6cc ini menawarkan keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api. Tuscany 150 mampu menghasilkan kuasa 8.5kW pada 8,000rpm dan nilai torknya 11.4Nm pada 5,500rpm. Model ini sesuai untuk tunggangan harian di dalam bandar mahupun luar bandar, sekaligus menjadikan Tuscany 150 sebuah skuter serba boleh untuk pelbagai keadaan.

Antara perkara yang menarik pada model ini adalah sistem kunci pintar dengan pengera anti-kecurian. Sistem ini juga berfungsi untuk menghidupkan, mematikan enjin, membukan pelana dan tangki bahan api dengan lebih mudah tanpa menggunakan kunci.

Selain itu, terdapat ciri-ciri menarik yang menanti para pemiliknya seperti Lampu jenis LED di bahagian hadapan dan belakang. Terdapat juga paparan meter digital penuh yang memaparkan info-info penting buat penunggang. Untuk kemudaha, SYM Tuscany 150 turut dilengkapi soket pengecas USB di mana penunggang boleh mengecas telefon bimbit mereka ketika menunggang.

SYM Tuscany 150 didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Merah, Kelabu dan Putih dengan harga bermula RM8,888 (tanpa insurans & cukai jalan). Dengan setiap pembelian mana-mana model Tuscany 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.