Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Julai 2023

Yamaha Tracer 9 GT+ (2024) Dilancarkan di Pasaran Amerika

Yamaha Tracer 9 GT+ (2024) telah dilancarkan untuk pasaran Amerika baru-baru ini. Model ini mengandungi ciri-ciri yang canggih seperti kawalan jelajah adaptif (adaptif cruise control), sistem brek gabungan yang disambungkan kepada radar, sistem suspensi separa aktif KYB, unit ukuran inersia (IMU) enam paksi yang dihubungkan kepada mode tunggangan, dan banyak lagi.

  • Enjinnya jenis yang sudah sinonim untuk motosikal ini iatu jenis tiga-silinder (CP3), DOHC, 890cc.
  • Klac "assist & slip."
  • "Quickshifter" untuk tukaran gear ke atas dan bawah.

  • Suspensi terdiri daripada fork KYB terbalik dan monoshok Kayaba.
  • Sistem suspensi separa aktif ini menggunakan sistem KYB Actimatic Damper System.
  • Ia menggunakan data daripada IMU untuk menala suspensi ketika motosikal bergerak untuk menyesuaikan diri kepada jalan.
  • Sistem brek gabungan yang disambungkan kepada radar dan IMU agar menala kekuatan brek depan dan belakang bergantung kepada apa yang dikesan oleh sensor.
  • Sistem Brake Control (Kawalan Brek) yang dapat mengubahkan kuasa brek agar tayar tidak kegelinciran apabila motosikal dimerengkan.
  • Brek depan dengan dua cakera 298mm, dengan satu cakera di belakang 267mm.

  • Kawalan jelajah adaptif yang disambungkan kepada radar yang mengukur jarak kepada kenderaan di depan. Penunggang dapat menala empat tahap jarak kepada kenderaan di depan dan motosikal akan perlahankan secara automatik jika ciri ini diaktifkan.
  • Skrin TFT 7-inci yang berwarna dengan socket USB-A untuk mengecas telefon.
  • Penunggang boleh dipaut kepada telefon pintar melalui Bluetooth untuk ciri-ciri navigasi Garmin Motorize, memainkan musik dan sebagainya.

Yamaha Tracer 9 GT+ (2024) dijual pada USD16,499 (RM75,128.20) di Amerika Syarikat.

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.