Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 28 Julai 2023

Yamaha XMAX 250 2023 Dilancarkan - Kini Dengan Meter TFT... Ada Fungsi Navigasi Garmin...

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan bangganya telah memperkenalkan skuter maksi popular mereka iaitu Yamaha XMAX 250 2023. Dengan menampilkan rekabentuk yang amat menarik sekali, model 2023 ini antara jentera yang paling ditunggu-tunggu buat para pecinta dua roda di tanah air kita.

Skuter keluar Yamaha ini menawarkan panel meter serba baru jenis TFT 4.2 inci bewarna penuh. Paparan ini akan memaparkan segala informasi penting dan juga boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Yamaha Y-Connect. Lebih menarik lagi, pemilik Yamaha XMAX baru ini boleh menggunakan sistem navigasi Garmin (diberikan secara percuma) melalui aplikasi StreetCross. Dengan ciri-ciri ini, penunggang boleh berhubung terus di jalan raya sambil menerima pelbagai maklumat seperti notifikasi dan data kecekapan bahan api.

Yamaha XMAX 250 dikuasakan dengan enjin 249.8cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa 16.8kW pada 7,000rpm dan torknya 24.3Nm pada 5,500rpm. Enjin pada skuter maksi ini juga turut mematuhi piawaian Euro4.

Walaupun spesifikasi enjinnya sama dengan model terdahulu, tetapi rupabentuknya mengalami perubahan yang amat ketara. Lampu LED di bahagian hadapan dan belakang mempunyai pencahayaan berbentuk X yang bukan sahaja menambah penampilan lebih sporty, namun meningkatkan lagi tahap keselamatan ketika menunggang pada waktu malam.

Pelananya kini direka dengan lebih ramping untuk memberi keselesaan buat penunggang dan pembonceng agar tunggangan lebih menyeronokkan tidak kira menunggang jauh mahupun dekat. Jentera ini masih mengekalkan aspek kepraktisannya dengan ruang simpanan bawah pelana yang cukup luas. Terdapat juga dua ruangan kecil di bahagian hadapan yang membolehkan kita menyimpan barangan kecil.

Yamaha XMAX 250 2023 boleh didapati dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Icon Blue dan Max Silver bermula 31 Julai 2023 di pusat pengedar sah Yamaha seluruh Malaysia. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM 23,998 (tanpa pendaftran dan insuran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.