Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 April 2014

Monster 796 Corse Stripe : Siri Terbaru Keluarga Monster

Populariti model Monster sememangnya tidak pernah luntur sejak ianya dilancarkan pada tahun 1992 lalu dan untuk terus memberikan satu jentera terbaik buat para pencinta motosikal jalanan, Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) telah melancarkan 'ahli keluarga' terbaru model Monster iaitu 796 Corse Stripe pada 20 Januari lalu. Model ini merupakan gabungan model 696 yang mesra penunggang dan model sporty lebih berkuasa iaitu 1100 menjadikan 796 adalah mesin jalanan pertengahan yang unggul.

Dari kiri: En.Nageb Majid, En. Zakaria Ismail, En. Nik Danial Nik Mahmood, En. Abd Hamid Ismail dan En. C.W Juan merasmikan model terbaru Ducati Monster 796 Corse Stripe.
Dari kiri: En.Nageb Majid, En. Zakaria Ismail, En. Nik Danial Nik Mahmood, En. Abd Hamid Ismail dan En. C.W Juan merasmikan model terbaru Ducati Monster 796 Corse Stripe.

Monster 796 ini dilengkapkan dengan enjin Desmodue baru 803cc yang lebih berkuasa dengan 87hp pada 8,250rpm dan tork 78Nm pada 6,250rpm. Kesempurnaan pengendalian Monster ini pula datangnya daripada gabungan kejituan fork hadapan 43mm jenis Kayaba dan lengan ayun tunggal Sachs yang boleh dilaras sepenuhnya.

Monster ini juga dilengkapi dengan kerangka Trellis yang telah direka semula untuk pengendalian optimum dalam semua jenis perjalanan. Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal Tan Sri SM Nasimudin, Monster 796 dijangka mampu menyumbang 35 peratus daripada keseluruhan penjualan Ducati untuk tahun 2014.

Selain kerangka, turut direka semula ialah bar hendal, pelana dan tempat meletak kaki agar tunggangan di dalam kotaraya lebih selesa dan mudah. Monster baru ini turut dikeluarkan dengan sistem ABS dan jalur grafik Corse yang cukup menarik. Ianya dijual pada harga RM63,888. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.