Brixton Cromwell 1200 Dilancarkan - Harga Asas RM58,888
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Brixton di Malaysia telah melancarkan sebuah jentera berkapasiti 1222cc yang berkonsepkan "Ride The New Old School" iaitu Brixton Cromwell 1200.
Cromwell 1200 didatangkan dengan enjin dua silinder sebaris, 4-lejang, 8 injap dengan sistem transmisi 6-kelajuan mampu menghasilkan kuasa maksimum 83hp pada 6,650rpm dan torknya 108Nm pada 3,100rpm. Terdapat dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport yang menawarkan pengalaman tunggangan berbeza. Mod Eco untuk tunggangan santai dan menjimatkan manakala mod Sport akan membolehkan pendikit dibuka dengan pantas agar enjin terasa lebih agresif.
Kestabilan ketika menunggang sudah tentu disumbangkan oleh sistem saspensinya yang mengagumkan. Jenetar seberat 235kg ini menggunakan fork hadapan jenis teleskopik manakala belakang adalah saspensi boleh laras. Dari segi keselamatan pula, Cromwell 1200 dilengkapi dengan brek cakera berkembar di bahagian hadapan dan belakang pula menggunakan cakera tunggal. Mesin ini juga dilengkapi sistem ABS dua saluran.
Turut terdapat sistem Traction Control, di mana sistem ini akan berfungsi untuk mencenggah roda belakang hilang cengkaman ketika menunggang. Menerusi bahagian hadapan, Cromwell 1200 disempurnakan dengan lampu utama berbentuk bulat yang mengekalkan imej klasik tetapi tampak moden dengan pencahayaan lampu LED beserta lampu DRL (Daytime Running Light). Paparan meternya jenis TFT lebih kemas dengan rekacorak ala-ala meter analog.
Antara kelengkapan lain yang ada pada jentera ini seperti ride by wire, Cruise Control, dua sistem ekzos dengan keluli tahan karat, tangki bahan api 16 liter, tinggi pelana 800mm dan soket pengecas USB.
Walaupun Cromwell 1200 tampil dengan rekabentuk vintaj kelasik, model ini ternyata dapat memenuhi citarasa peminta motosikal klasik yang berjiwakan moden. Terdapat pelbagai aksesori tambahan yang turut ditawarkan pada jentera ini antaranya plat pelindung enjin aluminium, pad yang dilekatkan pada tangki bahan api untuk mengelakkan sebarang kesan luaran dan beg pelana kalis air yang berkapasiti 10 liter.
Buat para peminta Brixton Cromwell 1200, pihak Mforce menawarkan harga RM55,888 kepada 100 pelanggan pertama yang ingin memilikinya dan selepas itu harga akan kembali seperti biasa RM58,888 (tanpa cukai jalan & insurans).Terdapat dua pilihan warna menarik iaitu Cargo Green dan Backstage Black.
Dengan setiap pembelian Brixton Cromwell 1200, para pemilik akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. RR
Popular