Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Jun 2023

Suzuki V-Strom 800DE dan GSX-8S Dilancarkan ke Pasaran Negara

Suzuki Malaysia melebarkan sayapnya ke pasaran negara dengan pengenalan kepada dua model terbaru iaitu V-Strom 800 DE dan GSX-8S. Majlis pelancaran jentera baru Suzuki ini telah disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia, En. Ahmad Faez Yahaya, Pengurus Besar, Kumpulan Operasi Jualan & Bahagian Perancangan, Operasi Motosikal Suzuki Motor Corporation, Japan, En. Akira Kyuji dan para VIP lain.

Para VIP melancarkan dua model terbaru Suzuki V-Strom 800DE & GSX-8S.
Para VIP melancarkan dua model terbaru Suzuki V-Strom 800DE & GSX-8S.

Tidak dinafikan Suzuki V-Strom 800DE merupakan antara model paling ditunggu-tunggu khususnya oleh para peminat jentera pengembaraan di Malaysia. Ya...penantian anda telah berakhir. Suzuki V-Strom 800DE ini memiliki rekabentuk yang gagah, tegap dan cukup bergaya.

Prestasi mantap V-Strom baru ini hadir dari pelbagai sudut yang dimulai oleh enjin serba baru 776cc DOHC, kembar parallel yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 83hp pada 8,500rpm dan tork 78Nm pada 6,800rpm. Lampu hadapannya jenis LED yang dipadankan dengan panel meter TFT yang terang, kemas dan cantik.

Ia adalah panel meter paling cantik daripada Suzuki setakat ini. Padu! Menerusi panel meter ini, kita dapat membuat pelbagai jenis talaan khususnya untuk penetapan sistem elektronik iaitu Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang termasuk Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Bi-Directional Quick Shift System, Ride-by-wire dengan tiga mod tunggangan, Suzuki Traction Control, Easy Ride System, Low RPM Assist dan mod Gravel 'G'.

Kestabilan pergerakan disumbangkan oleh sistem penyerap hentak yang mengagumkan. Fork hadapan jenis teleskopik manakala penyerap hentak belakang dan penyerap hentak tunggal di hadapan. Tayar hadapan bersaiz 90/90-21M/C 54H manakala di belakang 150/70R17M/C 69H.

V-Strom 800DE didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Champion Yellow No. 2 dan Glass Mat Mechanical Grey yang boleh dimiliki pada harga RM60,800 – harga ini sah hanya untuk 50 unit pertama dan harga ini akan berubah pada penjualan yang seterusnya.

GSX-8S pula merupakan mesin jalanan serba baru yang ditawarkan pada harga RM50,800. Hadir dalam tiga warna iaitu Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Matt Black/Glass Sparkle Black.

Jentera naked baru ini dikuasakan oleh enjin 766cc DOHC, Euro 5, sistem penyejuk cecair kembar-parallel yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 83hp dan tork 78Nm pada 6,800rpm. Turut dipadankan pada model ini iaitu sistem elektronik terbaru seperti Suzuki Traction Control, Mod Tunggangan (A, B, C), Bi-Directional Quick Shift System, Low RPM Assist, ABS Mode, Suzuki Clutch Assist System dan Easy Start System.

Model ini juga dipadankan dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT 5 inci, tangki 14 liter dan kemasan akhir yang cukup berkualiti. GSX-8S menggunakan tayar hadapan beraiz 120/70ZR17 dan 180/55ZR17 di belakang yang dibantu dengan cemerlangan oleh sistem brek cakera yang disertakan dengan ABS. Kami berharap agar dapat menunggang uji kedua-dua model untuk merasai bagaimana gagahnya V-Strom 800DE dan bagaimana lincahnya GSX-8S. RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.