Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 1 Jun 2023

BMW Motorrad Perkenalkan BMW M 1000 R

BMW Malaysia melancarkan siri M serba baru yang terdiri daripada sebuah jentera jalanan iaitu BMW M 1000 R, model roadster supersport yang direka cukup eksklusif serta prestasi mengagumkan.

BMW M 1000 R disempurnakan dengan enjin 4 silinder sebaris, sistem penyejuk cecair yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 152kW at 13,750 rpm dan tork setinggi 113Nm pada 11,000rpm (BMW S 1000 R: 114Nm pada 9,250rpm).

BMW turut melengkapkan model ini dengan panel meter TFT 6.5 inci yang dipadankan dengan lampu depan belakang LED, LED Cornering Light, sistem kunci pintar, rim M bertempa, pemanan pendikit, pengecas USB, tuas klac 'M', tuas brek 'M' dan casis telah diperhalusi untuk lebih prestasi.

Untuk tunggangan yang lebih mantap, model jalanan terulung dari BMW ini disempurnakan dengan pelbagai sistem elektronik terbaru iaitu Shift Assistant Pro, Pro Riding Mode, Dynamic Damping Control (DDC), Dynamic Traction Control (DTC) yang terdiri daripada Wheelie-Limitation, Pit-Lane Limiter, Launch Control dan Hill-Start Control (HSC).

Terdapat empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race untuk tunggangan biasa serta tiga lagi mod yang sesuai ketika di litar iaitu Race Pro 1, Race Pro 2 dan Race Pro 3.

Kecemerlangan BMW M 1000 R di laluan biasa dah di litar juga disumbangkan oleh sistem brek jenis cakera 320mm bertebalan 5mm yang dipadankan dengan inovasi terkini, Brake Slide Assist. Model ini telah dipasangkan dengan 'winglet' M di bahagian hadapan jentera yang bertujuan untuk menghasilkan 'downforce' sewaktu penunggang melakukan pecutan.

BMW M 1000 R hadir ke pasaran dalam satu skima warna iaitu Lightwhite / M Motorsport dan ditawarkan pada harga RM158,500. RR

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.